Kek Kukus Coklat Sempena Hari Bapa

Abah…..dulu masa muda..abah bersusah payah mencari rezeki
Dengan kudratmu, kau membesarkan angah, along, alan dan ayoi..
Apa yang kami pinta ..dengan segala upaya akan kau akan berikan
Aku sentiasa mengingati segala pengorbananmu
Abah …….
 sekarang…kudratmu telah tiada…
tubuhmu telah dihinggapi pelbagai penyakit..
Walaupun begitu kamu masih mengingati anak-anakmu
Abah..walaupun begitu aku sayang padamu
 Bapa mertuaku…
Terima kasih membesarkan suamiku..
Memberi didikan yang sempurna
Membesarkan dia dengan titik peluhmu
Dan sudi menerima aku sebagai menantumu
Suamiku..
Tanpa kamu …sapelah aku…terima kasih kerna
sudi menerima aku seadanya…dulu , kini dan selamanya
aku bersyukur ..sebab bersuamikan kamu..
semuga kita bersama sehingga ke akhir hayat
dan terimalah ucapan

Selamat Hari Bapa
angah(panggilan abah pada akak), lina (fil) dan ina (suami) sayang kamu semua

Pagi tadi buat kek coklat kukus…kononnya kek untuk Hari Bapa..tapi tak sempat deco…lepas tu suruh Ira bawak balik ke asrama …jamu member-member dia.

Bahan A
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang

    Bahan B

    • 2 biji telur
    • 1 s/k esen vanila

    Bahan C

    • 200 ml susu cair atau susu segar
    • 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
    • 200 mi air panas
      Cara-cara

      1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
      2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
      3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
      4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
      5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
      6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
      7. Hiaskan dengan cream coklat.


      Cream Coklat
      Bahan-bahan
      • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
      • 50 gm fresh cream

      Cara-cara
       1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
      2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
      3. Masukkan fresh cream dan mentega…lepas tu kacau sebati sehingga agak sejuk.
      4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

      7 thoughts on “Kek Kukus Coklat Sempena Hari Bapa

      1. Assalamualaikum Kak Inadidoakan agar bapa kakak sihat, moga dapat menunaikan ibadat dgn sempurnauntuk abang, selamat hari bapamoga menjadi bapa yg solehWassalam

      Tinggalkan Jawapan

      Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

      WordPress.com Logo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

      Twitter picture

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

      Facebook photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

      Google+ photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

      Connecting to %s