cerita akak, kad kredit, panggilan hangit, Saje-saje nak cerita

Sape Yang Terkena?


Alahai ..ingatkan tak ada orang minat dengan N3 semalam..(ala yang kritik tu).rupernya ramai yang bagi komen…sampai hari ni akak baru balas separuh.  

Ingatkan nak settle hari ni…tapi dah bawak anak-anak keluar…petang baru balik…langsung tak jadi nak buat.  Insyallah nanti ada masih akak blogwalking ek..lagipun akak tenguk ada jugak yang bagi komen tu …orang baru.  Sabar yer..

Sejak akak dapat panggilan hangit dulukan(kalau nak baca gi ke SINI)..bila dapat call ajer..akak kena berhati-hati…takut terkena lagi.
Semalam ada panggilan melalui hp..no yang tertera 03-xxxxxxxx  ..siap sebut nama dan dari mana.
Assalammualaikum…boleh saya bercakap dengan Puan Haslina binti …….Saya Mohd dari Bonuslink.
Oooo saya ..sape ni?
Puan ingat tak bila kali terakhir …puan gunakan Bonuslink.
Entahlah dah luperlah..dah lama tak pakai..sebab rosak..dah mintak baru tak sampai-sampai..sekarang ni guna anak akak punya ajer.
Bila Puan mohon?
Dari tahun lepas lagi.
Oh yer ker….dulu puan selalu guna kat mana? Kat Shell ataupun Parkson.
Parkson jauh…selalunya Shell , isi minyak.

Puan berminat tak nak dapat points 16,000?
(Dalam hati dah risau…mamat nak pekenakan aku ker)..

 Ala banyak tu ker? Taklah banyak sangat..ingatkan dapatlah 100,000..
Mamat tu dah gelak….
Banyak per 16,000 tu..boleh tukar dengan voucher Parkson dan boleh shopping untuk raya.
Ehhh sape ni…akak risau ni takut kena tipu.

Saya Mohd dari Bonuslink.  Kalau tak percaya akak call balik no ni dan cuba suruh dia orang cari saya.
Tulah pasal…disebabkan penipuan tu, kami dari syarikat yang betul pun terkena tempiasnya.  Lain kali jangan bagi maklumat tentang tempat tinggal, no ic, nama dan tel pada orang-orang yang tak berkenaan. Akak pakai kad kredit tak?
Ala..akak tak kerjalah..manalah bank nak bagi pakai kredit card.
Manalah tau..kot-kot suami akak bagi kad supplementary kat akak ker?
Laaa…suami akak kerja gaji tak sampai RM2,000 (akak dah nak tergelak dah)..mana layak nak dapat kad kredit pastu nak bagi akak.
Oooo pekerja am ker?
Ahahhhh…mana cukup gaji camtu kat Kuala Lumpur ni…nak bayar duit rumah..pakai pun kereta buruk.pastu anak semua belajar lagi.  Sekarang ni akak bantu hb buat kuih untuk di jual.
Anak akak belajar kat mana?
Bla…bla…seorang sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah.  Banyak pakai duit tau.
Oklah kak…bagilah diaorang pelajaran supaya bila mereka dah berjaya, mereka akan ingat ibubapa mereka.  Terima kasih yer kak..
Sama-sama.
Tak modal dia nak pujuk akak nak dapat point dari kad kredit tu kan…Tergelak akak lepas tu..ishhhhh sekarang ni sape yang tertipu?  Mungkin dia betul pegawai perhubungan pelanggan bonuslink…dah tugas dia kena call orang cari customer..tapi tak salahkan kalau akak berhati-hati.

sekarang banyak sangat penipu…nak cari duit yang cepat dan mudah..betul tak?beringat sebelum kena.

19 thoughts on “Sape Yang Terkena?”

  1. Lawaklah kak ina ni. Sampai habis modal orang tu nak kelentong akak. Tapi respect jugaklah ngan dia coz tak terus letak tpon bila akak cakap pasal gaji tuh.

  2. salam kak ina.panggilan hangit kan kak?dalam minggu ni dah bbrp kali kakchik dpt panggilan dari hong leong dan amassurance. benci betul. dah kita kata taknak tu taknak la kan. dah tu tel kita time maghrib. takleh agak ke masa tu pukul 7 lebih tentu lah kita nak solat kan. rasanya dia yang kantoi kak.

  3. kak, ena pun selalu dapat call mcm tu.. memg malas nak layan wlaupun benda tu betul..sbb takut punye pasal.. 🙂

  4. Akakakakaa..lawak plak bilas sue baca n3 akak ni..Tak pa kak..tak salah buat mcm tu..Berhati2 daripada terkena..betul tak…Tapi akak mesti still fobia lg dgn panggilan hangit tu ya..ekekekeke

Tinggalkan Jawapan kepada ||| PöJìé PööH ||| Batal balasan