Best Bits of Project Alpha Season 2

 Project Alpha Season 2 akan berakhir tidak lama lagi.   Memang best bila tenguk setiap episod yang telah di tayangkan.  Rasanya N3  ni merupakan  yang terakhir untuk musim ni.

Pengalaman yang tak boleh di lupakan bila akak dapat jemputan menghadiri Project Alpha Season 2 launching di Damansara.

Seronok sebab dapat jumpa blogger yang terpilih menyertai Project Alpha Season 2 ni.  Terutama si mulut lazer si Azwan Ali yang memang tak sayang mulut.  Bila bertentang mata dan dapat bertegur sapa..Azwan memang tidak sombong dan dia tidak kisah nak bercerita apa sahaja.  Peramah dan tak sangka pula dia sudi nak mengambil gambar dengan akak.

 
bersama Azwan dan anak aka manager akak
 
Bersama dengan Joe Lee of Klubbkidd.com dan Anie
Selepas tu kami semua dapat tenguk wayang free bersama mereka semua.
 
Dapat juga bergambar dengan pengacara cantik manis Jojo yang memang peramah sungguh.
 
 Paling best sekali bila akak di mini make over oleh Rimmel sebelum acara bermula…best kan dapat di touch muka pada masa tu. 
 
 sebelum
selepas..
 
Dan best sebab dapat jumpa member cyber semasa di sana. 
 
 dan juga bloggers  di Project Alpha Season One Redmummy 
 
Yang paling best sebab akak dapat juga memenangi instant cash blogging….walaupun tak semua akak berjaya  di setiap minggu ,tapi alhamdulliah..dapat jugak merasa  duit top up setiap bulan. 

Disebabkan Instant Cash Blogging jugalah..akak terpaksa mengagihkan waktu setiap hari Isnin dan Khamis dan menunggu  setiap topik yang akan keluar pada hari tersebut.  Sebab topik tu keluar bukan pada waktu yang sama..ashik bertukar hari dan waktu.   Tercongok di depan pc atau pun laptop semata-mata hendak menunggu topik baru keluar.

Kalau di fikirkan nak gelak jugak..sebab nak masak..nak keluar ambil anak pun rasa risau takut tak termasuk dalam senarai peserta 50 orang yang menghantar penyertaan awal.  Sebab sekarang ni terlampau ramai yang nak cuber nasib kat Instant Cash Blogging.  Kalau terlambat memanglah hampa.

Rasanya akak dapat buat semua, cuma sekali sebab masa tu akak ke Melaka dan bila balik terasa penat, tak perasan dah keluar topik yang patut di buat. Tapi akak cuba buat juga walaupun tak berjaya mendapat RM20.00.

Ada sekali tu..topik  keluar pada pukul 3.45 petang…selalunya masa tulah akak bersiap sedia hendak keluar ambil anak akak Imran di sekolah..kelam kelibut dibuatnya.  Disebabkan akak buat dulu topik pasal instant cash blogging ni..akak terlambat ambil Imran pada hari tersebut.  Akak sampai kat sekolah dia pukul 4.30 petang.  Nasib baik budak sekolah masih ramai lagi dan Imran tak merungut sebab akak bagi tau..akak buat N3 yang nak dapat duit.

Ep 47/49 – Project Alpha S2

Ep 48/49 – Project Alpha S2 

 

Ep 49/49 – Project Alpha S2 

 

 Ep 50 (Bonus) – Project Alpha S2

 

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

11 thoughts on “Best Bits of Project Alpha Season 2

  1. eh wah kak! caiyuk caiyuk…. :)tahniah dpt cash untuk prok alpha..saya ada terai sekali dua, tapi tak success, tak per ler.. saya pun susah nak buat, huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s