Isu Bibik..Blog akak terkena tempiaslah pulak

 
 ada ke patut blog akak terbabit dalam perkataan tak senonoh ni..tenguklah keywords ni…..cerita main dengan bibik dan ustazah seks warden..ishhh blog akak ni bukan blog lucah..boleh pulak termasuk perkataan ni..sabar ajerlah
Topik pagi di Hotfm mengenai pembantu rumah di berikan cuti dan mereka boleh memegang pasport mereka sendiri.
 Tak tahu nak kata apa..sebab akak tak ada bibik di sini..jadi tak tahulah macamana perasaan Puan Rumah aka majikan bila dengar syarat macamni.

Yang best tu ada seorang bibik bernama Aton..dia kata

Dia tak setuju cuti..sebab bila cuti gi lepak-lepak dan makan-makan..tu semua menggunakan duit..kalau di hantar ke rumah ajen dia setujulah..dan tak setuju juga tentang pasport tu..sedangkan sekarang ni bibik tak pegang pasport pun boleh cabut …ni kan pulak dah pegang sendiri..alamatnya memang senanglah nak melarikan diri dan mencari kerja lain.
Puan A pulak kata…hari tu hari Valentine ..bibik dia sibuk nak keluar..dia tak ingat pulak hari tu hari Valentine..dia bagilah bibik tu keluar..bila dah malam ada pulak panggilan dari bibik mengatakan dia kena tangkap basah…tak pasal-pasal dia kena uruskan hal ni macam dialah pulak keluarga bibik tu..

Puan B..bila dah setuju nak cari bibik…suami dia gilah ke ajen…ambil yang umur dalan 40..an..2 minggu pertama kemain baik bibik ni…bangun pagi pukul 6.00..pastu mop lantai dan buat kerja lain.
Lepas 2 minggu bibik buat pasal..Puan B pulak kena kejut bibik bila nak gi kerja pukul 7.00 pagi…sekarang ni dah terbalik..sape bibik ..sape majikan.

Puan C…bila balik ajer dia kerja..dia tension sebab pembantu rumah bermasam muka dengan dia..dah banyak kali di beri kaunseling..bila nak hantar balik dia tak mau..sebab kata kat kampung susahlah..nanti anak tak sekolah dan dapat makan..

Bila balik kerja ..tenguk muka bibik dia masam/tension…dia tanya..bila dia baru buka mulut..pembantu dia dah meraung-raung macam budak kecik..sampai hb dia pulak tanya..kenapa dengan bibik tu..ishhh sabar ajerlah..

Puan D..tak setuju di  beri pasort sebab pembantu dia tak abgi pegan pastprot dapabawal kari arang kemams

Ikut pengalaman kawan suami akak pulak.
.N ni ada 3 orang anak dan  bekerja.  Oleh sebab upah nak bagi kat orang atau nursery kena bayar dalam RM600.00..dia rasa baik dia ambil bibik.  Kononnya nanti balik..rumah dah kemas dan anak-anak tak payah kejut pepagi nak hantar ke nursery/pengasuh.

Bila dah ada bibik..dia lagi tension…nak tau kenapa…bil air, bil talipon dan bil elektrik melambung..mana taknya..bibik ni suka bergayut..suka buka tv sepanjang hari..sibuk tenguk sinetron..pastu bukak aircond sentiasa..mana tak haru.  Konon nak jimat kos…lagi bertambah kos..
dahlah perangai bibik ni ..ashik nak kena ketuk ajer..bila kena ketuk baru jalan..dah cukup habis kontrak dia malas nak sambung..dia hantar ajer ke taska..lega hati dia..sebab bil tak lagi melambung tinggi.

Mizal yang bekerja di ajen pula bercerita..ada pro dan kontra….ada yang baik dan ada yang tak baik..ada yang tunjuk belang bila baru kerja tapi..nawaitu tu yang penting…kalau niat yang datang nak cari duit..isnyallah ada yang kekal dengan satu  majikan dari .muda ke tua..
Bila datang sini dengan niat yang tak baik … sebulan  ajer kerja ..dah cabut..dan beliau nasihatkan..kalau boleh jangan  ambil pembantu yang ambo muda…umur 20 ..an…memanglah tenaga mereka kuat..tapi mereka ni yang suka buat perangai walaupun bukan semua..kalau boleh ambillah  yang  berumur30..an..
Pembantu akak pun buat perangai jugak..masa tu kat jakartalah..kat sini tak ada bibik da…

Ikut kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia. Shamsuddin Bardan pulak..

Peraturan baru yang mewajibkan majikan memberi cuti sehari  seminggu kepada pembantu rumahwarga indonesia serta membenarkan mereka menyimpan pasport sendiri dilihat bakal mengundang pelbagai masalah baru kepada majikan sehingga mampu merencatkan pembangunan negara.  Takut nanti meningkatkan risiko pembantu rumah lari dari rumah serta menimbulkan masalah sosial baru seperti pembantu rumah mengandung  anak luar nikah dan pelbagai masalah baru timbul dan majikan menjadi mangsa.

Ni pulak kata Ketua Umum  Perhimpunan Masyarakat Indonesia di Malaysia (Permai)..
Menyambut baik keputusan kerajaan mewajibkan cuti sehari seminggu dan mencipta hubungan harmoni antara majikan dan amah dan memberi kepercayaan kepada mereka seperti ahli keluarga majikan yang lain.

Macam-macam pro dan kontra menjadi isu bibik ni..Apa pulak pendapat anda?

Sape yang ada pembantu rumah..bolehlah share pulak cerita kat sini..buat pedoman ajer..

15 thoughts on “Isu Bibik..Blog akak terkena tempiaslah pulak

  1. kakina,sy skrg ni pakai bibik yg ke 7…dah lebih 2 tahun…keje so-so ajelah tp sy pejam mata sebelah..janji dia x wat hal sudah…klu tgkkan umah, x macam umah ada maid…x kemas mana pun…tp, sy bersyukur dia ni jenis penyayang…x penah pukul or marah anak2yg sebelum2 nih…ada 2 orang yg cabut lari tinggalkan anak2 kat umah..mmg horror bila pk balik…ada yg depan kita pijak semut x mati n tunjuk alim yg amat…belakang kita bila kat ejen tabur fitnah macam2klu ikutkan kata ejen maid sy skrg pun disuruh kasi cuti sebulan sehari kat maid…tp kami dah bincang ngan ejen bgtau kami x kasi cuti tapi cuti2 tu kami kumpulkan utk kasi dia tamatkan kontrak lebih awal atau balik bercuti ke kg halaman dia setahun sekali…dan ejen setujubab maid pegang passport sendiri ->memang mengundang bala…anytime boleh cabut lari g keje tmpt lain pulak

  2. Tadi pagi saya pun ade dengar hotfm pasal pembantu rumah ni. saya setuju jgk dgn pemanggil yg bernama Aton tu. kalau la semua berfikir mcm Aton dah tentu x de isu mcm ni erk!..

  3. salam kakina. saya pun pernah ada bibik…3 org. tapi alhamdulillah tak pernah buat perangai. tp mmg x setuju kalu beri cuti sehari then pegang paspot pulak tu. apa nk cuti lagi, kalu kita ke mana2 pun, bibik dibawak bersama. kerja rumah pun sama2 buat. bukan 100% dia buat pun.tp sbb ada bibik yg buat hal, abis bibik2 yg lain kena tempias…

  4. Assalmaualaikum Kak Inasaya pernah gunakan khidmat bibik 4/5 orangaduhhhh pusing kepalaberbagai kerenahbil semua melambungsabun, kita pakai 1 blndia 2 minggu jeehe heWassalam

  5. salam kak , zr pun xsuke ado bibik, lg2 yg dok 1 rumah .. semak mato .. kalau ikut, yg lebih bagus, ambik yg x penah dtg msia kak .. sure diog dok umh jek .. kalau yg penah dtg tu , kdng2 bile kite g keje , bwk masuk jantan kat rumah (makcik ku dh keno).. tu yg melambak2 kes buang bby tu ..emo emo

  6. media di indonesis gemar besar2kan isu majikan dera bibik. tapi jangan tak tau, bibik kat malaysia ni banyak je buat hal. lari la, dera baby la, itula ini lah..tu belum lagi yang duk 'lari'kan tuan rumah..selagi kudrat masih ade, elakkanla ambik bibik.. huhu..

  7. Ha..haa..sue pun ada buat n3 pasai hal ni juga..Pasai tu la..sue sanggup bersusah payah sorg2 daripada ambik bibik..Cukup la pengalaman kak long sue yg punya bibik mcm2 kerenah tu..Buat sakit hati ja..Eiii..geram..ssh nak diterima akai dan dimaafkan..

  8. lin sgt2 tak setuju… bibik MIL linn baru jer larikkan brg2 bernilai lebeh 30K… huhuh mak ingat dia nak gi jumpa makcik dia rupanya menyamun… geramm sgt2… ni bibik baru amik balik bibik yg sblm bibik larik tu…. dia ckpp kat indon gaji bibik cuma RM150 n non stop.. sbb tu dia suka keje dgn MIL linn..kak ina dah tukar link yerk… ok linn simpan link baru nie

  9. saya lebih selesa tak ada bibik dari dulu. Kerja rumah kongsi dgn hubby, skrgni anak2 pun kena buat kerja sikit2..Kalau semua nak buat tak larat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s