Hidup untuk makan atau makan untuk hidup

Hidup untuk makan…atau makan untuk hidup…!!!

apa pendapat kamu semua…pilih lah mana satu.
Macam family akak…memang dari dulu lagi  mak dan abah memang suka belanja anak-anak makan sedap-sedap terutama masa dapat gaji…tempat yang selalu abah dan mak bawak gi ke Benteng ..nak tau benteng kat mana..ala kat belakang HSBC (dulu nama bank ni lain…OCBC kot..kalau tak silap) berhampiran dengan  Jalan Bangkok bank 

Tempat makan tepi sungai..boleh nampak Masjid Jamik….memang famous masa tu.tahun 70..an….Masakan kat situ  memang sedap-sedap…..sekarang dah tak ada lagi dah tempat tu….bila turun dari LRT Masjid Jamik… tenguk balik  tempat tu terkenang kisah lalu.

Atau pun abah  selalu bawak gi ke Pasar Minggu di Kampung Bharu….macam pasar malam….kami pergi naik bas ajer..abah memang tak berkemampuan nak beli kereta..gaji kecik…cukup bagi kami makan pun dah bagus….kami mewah jugak sebab mak pun bekerja masa tu.

Kat sini pulak… kami suka makan satay wak …..orang jawa….memang sedap satay wak ni…..tak tahulah sekarang ni masih ada lagi ke idak gerai satay ni lagi….rasanya dah tak ada kot…..kalau ada pun mungkin rasa dah tak sama..macam nasi lemak antarabangsa ..dulu sedap betul…sekarang dah kurang dah..

Lagi satu  tempat yang abah suka bawa kami makan kat Pasar Malam Chow Kit…masa tu mana ada sangat orang indon sangat…banyak orang kita yang   berniaga…memang seronok ..

Abah suruh pilih nak makan apa yang kami suka….masa kanak-kanak suka sangat makan satay..tulah menu kegemaran..tak pun makan mee/bihun goreng…


Busuk-busuk pun abah belanja makan kat Pekan Setapak..dulu sebelah Masjid Setapak (sebelum ada highway Duke) ada deretan kedai makan..kadang-kadang kalau mak kerja shift malam kat MTC…sementara tunggu mak balik (mak sampai selalunya pukul 10.00 malam)….

Kami tiga beradik duduk kat gerai  mamak ni sambil pekena mee  goreng mamak…mee dia memang sedap…meletup rasanya…selalunya abah bawak masa abah ada duitlah ataupun waktu cuti sekolah…taklah hari-hari..bengkraplah pulak abah akak.

Kat depan kedai tu ada jual sup pun skaw kaw ..macam-macam sup ada…..ada sup kambing, sup ayam, sup lidah ..sup torpedo pun ada….akak panggil pakcik yang jual sup tu pakcik  hussin..sekarang ni pakcik hussin dah   balik  semula ke india…dah tua…anak saudara dia sekarang  yang ambil alih business sup ni…..

Sekarang ni  kedai sup dah berpindah ke kedai batu di belakang Masjid Setapak….akak kadang-kadang singgah jugak ke kedai ni…beli up ajer…selalunya sup kambing…walaupun sekarang ni rasa dia dah kurang umphhhhhh dan kaw kaw macam pakcik hussin buat macam dulu….

Bila makan sup ni..teringat dengan family dia orang ni….satu lagi yang best popia basah hasil tangan isteri dia..memang meletup…bila try beli sekarang ni pun rasa dah kurang sedap..yang tak best tu yang buat orang Indon…patah selera akak di buatnya.

Bila abah dapat gaji… abah, mak dan akak ataupun kakak  gi ke Pasar Besar  di Jalan Silang ni……masa tu memang best sebab boleh beli ikan besar,.ketam ataupun udang..pastu masak kat rumah.

Kalau hari-hari yang lain mak gi ke pasar  cina kat Pekan Stapak ajer..sape yang duduk kat Kg Puah ataupun Kg Puah Seberang mesti tau pasar ni…kat tepi jalan tu dulu ada satu cina jual air batu campur..sedap…tak pun kami beli cakoi..masa tu tak kisah kan bedal orang cina masak…..Sekarang ni Pasar Besar dah berubah wajah…dah jadi Pasar Seni..

Banyak kenangan bila naik bas Len Seng  ni..macam-macam cerita.al maklumlah..tulah bas yang akak naik masa sekolah menengah dan masa gi kerja…tak lama kemudian bas mini ambil alih..bas mini yang sempit dan merempit…

Tak boleh ingat bila pepagi nak pergi kerja..masa tu akak dah pindah ke Gombak Setia..selalunya akak naik bas mini No 15…kalau nak naik bas mini No 14..kena jalan kaki pergi ke depan Balai Polis Gombak Setia.Konduktur bas sibuk suruh ke belakang sebab nak penuhkan bas tu..masuk belakang….masuk belakang…..dah macam ikan sardin dah….

Masa duduk kat Kampung Puah lagi best…..memang senang nak tunggu bas kat Pekan Setapak ni..semua bas boleh naik  samada bas  nak ke gombak ataupun genting klang/zoo..akak tak yah tungguh bas lama sangat..balik pun cam tu jugak.

Murahkan tambang bas…sekarang ni akak pun tak tahu dah nak naik bas..sebab dah ada kereta..kalau nak gi naik bas rapid pun ashik tanya bas ni ke mana…kalau idak salah naik baslah gamaknya..

Agaknya akak ni ikut mak dan abah akak kot….suka bagi anak makan yang sedap-sedap..biarlah anak puas makan kat umah betul tak..taklah gi umah orang makan cam orang tak pernah makan…tapi kan anak-anak akak ni kalau jumpa ayam…..hemmm tak jemu-jemu..

Lagi satukan  akak taklah diet miet sebab nak badan kurus…makan bersukat…rugi pulak rasanya tak makan sedap-sedap sementara badan masih sehat…

Teringat masa akak menyewa rumah kat flat bandaraya di gombak setia…biasalah suri rumah ..bila datang penjaja jual ikan sayur….beli nya tak seberapa…pot pet ajer yang lebih…orang panggil mesyuarat pagi……

Yang akak ni suka beli ayam, ketam, udang ataupun  daging..tapi ada jugak jiran tetangga akak ni kalau beli ayam sebelah…ikan 2 ekor, tak pernah nak beli udang ataupun ketam…alasannya…


Ala anak kita tak sukalah makan ketam dan udang…gatal satu badan…

Anak kita makan lauk sikitlah…ayam sebelah pun tak habis…

Padahal bila ada kenduri kawin ataupun kenduri…tenguk anak dia bedal ajer semua…kadang-kadang kesian tenguk budak-budak ni….macam tak pernah jumpa makanan sedap-sedap…makan lauk bersukat kot…

Tapikan kat tubuh badan mak dia …fuh..penuh dengan barang kemas.. sabar ajerlah kan..dah tabiat dia..nak buat camner..tu sebabnya duit akak ni habis bagi makan keluarga ..taklah  merasa emas bergayut kat badan..taklah merasa duduk umah banglo.
Entahlah..ni pengalaman  hidup akak yer..dah baca janganlah kata akak mengumpat pulak..

Jadi pilihan di tangan anda…nak pilih hidup untuk makan atau makan untuk hidup???

10 thoughts on “Hidup untuk makan atau makan untuk hidup

  1. waa..bestnyer baca citer akak ni..kiranya akak dpt tengok perubahan KL kan..biasalah kak, sesetengah orang berpegang pd prinsip "biar papa asal bergaya". Kalo akak takde penyakit2 org kaya (penyakit berangkai) tu..makan lah apa yg teringin..janji ati senang..

  2. Biasanya org akan pilih…Makan untuk hidup Kak Ina kan….!Nostalgia betoi bila Kak Ina sebut benteng…hehe…& pasar malam Kg Baru tu…Semua tu kenangan…Mak Abah Watie dulu penghuni rumah setinggan kat Kg Chubadak, Sentol Kak….tapi Watie ni dianak angkat kan…nenek yg besarkan…kat utara..tapi bila cuti sekolah ada juga bertandang ke sana…almost setiap tahun…Pernah dengar Satay Simpang Flat tak??

  3. heheheh..memang nostalgia..sunguuh..nenek kiter pun dr setingan sentul..kg puah…merase gak dengar cete cam kak…ina cete nih…tapi family kiter pun stail cam kak ina gak..bagik makan puas2 pada anak beranak jgn nanti…tunjuk kelaku tak elok kalau gi kenduri…dan barang kemas nan ado…laa…makanan lebih penting dr barang kemas..sampai lah skrg..sya pun kureng skit part barang kemas nih…makan mesti no 1..

  4. wahh ni ulasan penuh ni..macamana saya boleh terhayal baca sampai habis semua cxerita yang kak ina kl tulis ni??sebab ia menarik..sangat menarik..macam terasa saya ikut sekali dalam jalan2 dengan family kak ina kl ni..hahha..tentang persoalan dia atas,saya tak tw nak jawab macamana,tapi prinsip saya,kalau selagi kita hidup ni,makan lah apa yang kita nak makan,sebelum tuhan tarik nikmat makan kita,contoh sakit,haa,time tu nanti dah tak boleh nak makan,menyesal pulak..jadi saya rasa selagi boleh makan,makan je lahh..janji amalkan gaya hidup sihat..hehhe..boleh pakai ke apa yang saya cakap tu??hehhe..

  5. samalah kak, makan tak berkire kami. masa kecik, pun camtu, bile time gaji ibu ngan bapak bawak pegi makan2. makan tak pernah bersukat2 sekali2 merasa la udang, ketam jugak. sampai sekarang kami tak berkire klu family nak makan. makan kan.. ape nak kire, selagi tak melampu belanjanye, makanlah! itu prinsip kami.

  6. i mmg kuat makan. tak kesah baju x byk yg baru. bab makan mmg no hal. tp beringat2 laa jugak coz at the end jamban jugak kesudahannya. i allocate an ample amount of money utk makan ni

  7. Assalamualaikum Kak Inamemang seronok membaca kenanggan silamsaya sempat makan di benting tuuumacam2 adadiantaranya satay majid, ismail sataybenting diteroka, gantikan campbell food court (sekarang dah roboh juga)Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s