Pizza Gebu

 Nama pizza ni pizza gebu..
Ambil dari blog si Ah Mat Gebu
Bila masak memang sungguh gebu
Nak makan sangat sampai tak leh tunggu.
 Pizza ni boleh dapat 2 keping pizza…oleh sebab buat masa cuti dan anak-anak ada rumah kenalah di adjust nak dapatkan 3 keping pizza…Topping tu suka hatilah nak letak apa-apa pun..janji ada..jangan tak ada sudahlah..cheese pun kalau tak mozarellah campakkan ajer slide cheese…ikut suka kita sebenarnya…kita yang nak makan kan…letak ajer ikut sedap tekak anak-anak ataupun diri sendiri. Jomlah kita makan pizza…layannnnnn
BAHAN DOH🙂
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • akak tambah oregano–sebab suka bau dia bila di bakar 
 terperang sikit..lupa nak set masa
BAHAN ISIAN🙂
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1/2 biji red capsicum-tak letak
  • 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
  • 1/2 biji green capsicum-tak letak
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji-tak letak..ganti cendawan dlm tin-hiris tipis
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar
  • * akak letak crab sticks..
CARA MEMBUATNYA🙂
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam,  oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
     
    ada orang komen kata dia buat pizza tak jadi ikut resepi kat blog akak..mungkin dia salah step kot..akak buat ok ajer..tapi tak apa..cuba lagi yer..
    1. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 – 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan…..
    sebelum di bakar

      20 thoughts on “Pizza Gebu

      1. Asal Pizza jer memang sedap…nape lak tak jadi erk…Watie kadang2 tu Kak Ina buat doh asas untuk roti jer….mana yang sempat lah….asal taburan cheese & topping serta sos cukup pasti sedap!!!Peminat Pizza….memang bedai semua!!!

      2. sis i pon pandai buat pizza. tgk resepi kak ina ni, mmg tak susah mana. kene ada oven laa tapi.ekceli pizza kt pizza hut bukan sedap mana pon. mahal jer lebih. kene servies tax lagi

      3. cayalah kak ina ni,memang serba boleh…bab masak tak yah katalah…tengok pizza tu gebu semacam…berpantun pun pandai….hehehe

      4. salam watie..memang betul..ikut suka hatilah kita nak letak topping apa kan..tak yah ikut sangat..tang doh tu yang penting.salam mamashasha..memang gebus macam tuan dia jugak..salam ima..ala..akak ni cuma insan biasa ajerlah..malulah pulak kamu puji camtu.salam kella..memang buat sendiri lagi puas hati..berbaloi..tapi sekali-sekali pekena kat luar pun boleh jugak.salam billet..try jangan tak try..sementara tunggu panggilan rajin-rajinlah ke dapur..jangan ashik mengadap pc/laptop ajer ek..salam eyriqazz..teruja..kenapa pulak..salam mak su..cuba jangan tak cuba yer.salam haslina..cuba jangan tak cuba yer.salam matjoe..memanglah kena ada oven..klu idak kena bakar dalam arang cam kat itali tu..memang tak susah nakbuat tapi kena ada virus R bebanyak.salam aidah..kalau malas uli dengan tangan ..uli ajer dengan bm..belilah..salam liza..nanti cubalah yer..salam azatie..memang betul..bukan susah nak buat pun..kami tak makan nasi kalau dah makan pizza.salam zura..memang gebus cam tuan dia jugak..akak dah add yang baru ..mualaikumsalam rozali..nanti akak ambil gambar yis tu yer..nanti cuba kamu cuba resepi yang ni ataupun yang lagi satu..insyallah jadi.salam kak pah..tenguk tuan dia jugak kan..klu tuan tak gebu cam ner ek rupa pizza tu.

      Tinggalkan Jawapan

      Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

      WordPress.com Logo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

      Twitter picture

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

      Facebook photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

      Google+ photo

      Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

      Connecting to %s