My Favourite Surfing Spot

Tempat yang paling best mestilah kat umah sendiri kan…tapi apa kan daya sekarang streamyx….buat hallah pulak..dah nak dekat seminggu dah ni…geram betullah…akak terpaksalah gi ke cyber cafe sebab nak buat N3 pasal ni..


Kelakar kan..sebab ketagih nak berinternet punya pasal sanggup datang ke cc..
Okeylah…akak nak cerita pulak tempat yang paling best nak layari internet ataupun dalam bahasa inggeris..
My Favourite Surfing Spot ialah di  sini…
terima kasih google
Tempat yang seronok mestilah di ruang tamu..sebab tak ada gangguan…dan kat sini tak ada tv ..memang sunyi sepi bila semua tak ada kat umah….akak suker sebab ruang tamu akak ni tenang dan senanglah cari idea nak buat N3.  

Bila anak-anak dah gi kolej ataupun sekolah akak lepaklah dalam 1-2 jam layari internet..update blog, gi ke facebook, blog walking dan tentulah pergi ke laman web Nuffnang…sebab nak check unik visitors…nak tenguk berapa RM dah ada…pastu nak tenguk samada akak berjaya tak dapat RM dalam Project Alpha Season 2.

 
tq google
Kadang-kadang suka juga lepak kat bilik anak perempuan akak sebab tak ada orang kat dalam bilik ni..selalunya akak layari internet sebelah pagi dan sebelah petang..tak boleh lepak lelama..kena ikut giliran….bila anak-anak bercuti.
Lagipun  tak  boleh surf internet lelama…sebab banyak tugasan rumah tangga nak di lakukan macam nak  masak, mengemas dan macam-macam kerjalah ..al maklumlah suri rumah tangga..kang kalau ashik layari internet kang marahlah pulak suami akak..kang boss potong line haru biru  di buatnya.
Memang dari dulu akak gunakan tmnet screamyx..dah bertahun-tahun akak  jadi pelanggan setia tm…sebab rasanya jarang ada gangguan..ada jugak member yang suruh akak tukar ke broadband….tapi malaslah nak tukar-tukar.  Dulu akak ambil package RM77.00 sebulan.
Tapi sekarang ni akak dah ambil package wifi..harga dalam RM100 lebih…lagi senang sebab boleh layari internet di mana sahaja..nak surf internet kat dapur boleh…kat bilik tidur boleh..kat ruang tamu pun boleh..mana-mana ajerlah..best tau..
Kalau pc ada anak-anak guna akak terpaksalah surf gunakan  handphone ajer…tapi skrin keciklah pulak ..apa nak buat..
 Tapi kan kalau guna screamyx ni payah sikit..sebab tak boleh bawak ke mana-mana..cuma boleh layari internet di rumah ajer..tak boleh angkut bila keluar dari rumah..aduhai masalah jugak ni…

Hemmm…susah juga ek..kena cari jugak broadband macam P1 Wimax Wiggylah. P1 Wimax sebab senang nak layari internet di mana saja…bila gi cuti-cuti malaysia ker…balik kampung ker..boleh bawak PI Wimax Wiggy ni..sebab  bentuk dia  comel ajer kan….tentu senang nak bawak ke mana-mana…Nantilah kena bincang dengan boss akak dulu…

Okeylah jangan lupa melayari http//www.projectalpha.com.my/ untuk tenguk Project Alpha Season 2..tenguk jangan tak tenguk..
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS


5 thoughts on “My Favourite Surfing Spot

  1. salam kak ina. memang bila dah jadi blogger tegar, di rumah takde line, mesti nak usahakan juga biar dpt online, sanggup tu ke cc, hehe.sehari dua ni asyik dok tengok tajuk MY FAV SURFINF SPOT je. Macam semua orang dah kena TAG.

  2. salam daydeck..memang betul..bising sungguh..memekak ajerlah bila mereka main benda tu..salam kakchik..bukan kena taglah kak chik..tapi contest dari nuffnang..klu ada rezeki leh dapat RM lah..salam ..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. kenalah buat N3 selalu kalau nak ada orang datang..klu line rosak cuma 2 hari tak apa..ni sampai seminggu ..mana boleh tahan..salam mala…ala tak apalah kalau virus M dah melanda..nak buat camnerkan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s