Kisah Cinta

Cinta……diperlukan oleh semua insan di dunia ni..tanpa cinta kosonglah hidup ini…tak bersinarlah kehidupan kita.

Cinta  ada banyak jenis…
Petama…. tentulah cinta kepada allah swt dan kepada Rasul.. tu kan wajib sebagai seorang islam..

Kedua…Cinta kepada kedua ibubapa dan adik beradik…pun wajib…
jangan sebab terlampau cinta dari seorang abang kepada adik perempuan  sanggup pula mengerjakannya…
 sebagai bapa jangan pulak merosakkan anak perempuan oleh sebab cinta…

Cinta kepada negara…wajib

Cinta kepada pelajaran…wajib

Cinta kepada wang ringgit….ni yang payah ni…kalau ada cinta tapi tak ada duit pun tak guna jugak di zaman  yang serba serbi memerlukan duit terutama di bandaraya…nak buang air kecil pun kena duit…kalau tak ada duit skrg ni cinta boleh melayang tau.

Cinta kepada kekasih…janganlah diserahkan body sebelum di akad nikah..nanti menyesal di kemudian hari…(peringatan..untuk anak-anak akak jugak ni…)

Berapa kali pula akak jatuh cinta?
Meh baca story akak …

Rasanya cinta  pertama aka cinta monyet akak  dengan cikgu yang sedang praktikal di kelas akak..masa tu akak darjah 5.  akak luper pulak nama cikgu tu…tapi memang handsome tau.
Ingat lagi…akak selalu bagi hadiah..apa hadiahnya?.kat mana akak korek duit?
Masa sekolah rendah mana ada duit banyak..jadi…
akak ambil buku yang abah bawak balik dari rumah mat salleh yang balik ke england semula selepas mereka habis berkhidmat di malaysia…abah akak kerja kat Kedutaan British..jadi memang banyaklah abah bawak balik buku omputih ni..buku tulah akak bagi…dia baca atau pun simpan akak tak tahulah.
Bila cikgu tu habis praktikal…habislah cinta monyet akak..sebab cikgu tu bukan jatuh cinta dengan akak pun…dia tau cinta budak sekolah rendah sekadar angan-angan ajer..
  Lepas tu di sekolah menengah..tingkatan 4…akak suker tenguk muka dia ni..tak tahu kenapa? Mamat ni taklah handsome sangat pun…tapi ada sesuatu yang menarik minat akak pada dia..Akak cuba menarik perhatian dia…
Tapi sampai ke sudah dia tak bagi respon kat akak…bertepuk sebelah tangan..tapi lain yang akak suker..lain pulak yang suker kat akak…
 bukan mamat yang ni…yang lain..masa ni gi lawatan ke rtm..tingkatan 5..
Mamat ni kelas yang berlainan…akak ni kan peramah…layan ajerlah dia cam member sekolah yang lain..rupernya dia ada perasaan kat akak…tapi nak buat camner…akak tak minat kat dia…walaupun dia putih dan handsome..lepas habis tingkatan 5 ….bye bye semuanya…akak tak contact pun dengan mereka semua.
Masa tingkatan 5  juga akak ada pakwe … beliau ni sebenarnya saudara  dan kami berjiran masa tinggal di Setapak…..memang kenal dengan mak ,ayah, atuk dan nenek dia…al maklumkan saudara bau-bau bacang..
 tapi oleh sebab krisis orang tua..kami terpaksa berpisah..apa nak buat..kami redha walaupun berkawan 7 tahun…menangis????…mestilahkan..tapi taklah sampai terbakar semangat nak bercinta lagi..hidup mesti di teruskan.

Mula-mula akak kerja kilang di Minolta di Sungai Way..sajer nak cari duit..jauh jugak nak gi kerja…kena keluar pepagi…masa nilah akak berkenalan dengan suami akak..dia praktikal kat situ…tapi masa tu no heart feelinglah.. 

Lepas tu  akak kerja  pulak di kilang Motorola di Sungai Way jugak…..  lagi  tak ada masa nak cinta cintun…kerja shift siang /malam..orang tidur akak berjaga demi nak dapatkan duit…mana nak jumpa orang…lelaki kat kilang tu pun tak ramai…supevisor pulak banyak yang dah tua.  Pergi kerja naik bas kilang..jadi tak canlah nak mengurat lelaki-lelaki di luar sana.
Lepas keputusan keluar akak kerja pulak di syarikat percetakkan…tak jugak jatuh cinta…sebab kebanyakkannya pekerja lelaki orang india… lepas kerja gi belajar menaip di Chow Kit…guna typewriter yang besar gedabak dan kena tekan kuat-kuat…sakit jari….alhamdulliah akak berjaya mendapat sijil.
Sebab dah ada sijil menaip akak mohon kerja di tempat lain..takkanlah nak duduk kat syarikat percetakan tu..bising dengan bunyi mesin..pastu ashik dengar lagu tamil sebab cuma kami 2 orang ajer melayu kat tempat tu…yang tak sanggup tu kena duduk atas bangku keras sambil binding buku…sakit pinggang dan b..n..t..t..

Alhamdulliah dapat kerja kat Kampung Bharu…jadi kerani…masa ni jumpa balik dengan hb akak..kawan ajer…tak ada lagi  nak bercintan cintun. 
Tak lama kerja kat situ…..dapat lagi kerja di syarikat insuran… entah camner boleh rapat dengan suami akak…mungkin sebab masing-masing dah single…masing-masing tengah kekosongan…tak lama bertunang dan 6 bulan kemudian terus kawin..senang cerita..tak yah lelama..
masa tengah prepare nak kawin dapat pulak offer kerja kat Kementerian Kesihatan…lepas kawin terus kerja kat situ.
Barulah kami bercinta sakan  selepas berkawin..biar pun hb di Jay Bee dan akak di Kay Ell…semuga cinta kami kekal abadi sampai ke hujung nyawa.

Buat adik-adik dan anak-anak yang tengah bercinta/putus cinta….
putus cinta bukan bermakna hilang segala sinar dalam kehidupan..jangan sampai putus semangat…sebab insyallah akhirnya kita akan jumpa cinta yang sejati.

kalau nak tahu lebih lanjut lagi selaklah N3 

16 thoughts on “Kisah Cinta

  1. salam kakCinta mmg byak definasi nya..kita lah yg kena tau cinta tu yg camane..jgn asik berangan cinta je konon..hampeh poket kosong kang kawen nak makan apa…sib baik hb N dulu kami kenal naik motor rxz jer..tapi kami sama2 bersusah dari mula kawen dan alhamdulillah berkat usaha dpt la beli umah keta dan sekolah kan anak2..aminnn…tapi bukan mudah seperti membaca ayat2 kat sini kan kak..kena susah senang bersama.. pahit manis sama dirasa..Tuk akak..semoga bahagia kekal keakhir usia…aminn

  2. best laa baca cerita cinta akak. hmm, tanak reveal lagi my love story kt blog, tunggu laa anak dh masuk spm ngan oversea. br laa berceritacinta itu mmg indah….btul nasihat akak. never give up on love. love come to those who believe in it

  3. best plak baca kisah cinta org nih….kalau kisah cinta saya…. tak panjang sbb hb tu jelah BF saya… mak tak kasi ada BF masa belajar….sob sob.. kawan boleh no BF

  4. best tol la bace kisah cinte akak…tol la jgn patah semangat bila putus cinta….sbb kita akan jumpe dgn org yang lebih baik dr bekas pakwe kita tuh….yg tu leya mmg sokong penoh….

  5. salam k.ina..best bce kisah cinta org ni.hehhe..bleh plak k.ina suka ngan cikgu praktikal..dah jodoh akak ngan hubby.last 2 kawen gak kan..smga berbahagia hingga akhir hayat

  6. seronok baca kisah cinta ina..tak sangka..umor 11 tahun dah pandai cinta monyet..he he..bukan cinta kalau definasi sekarang tu kan..minat je ngan cik gu tu..alhamdulillah..dah jumpe cinta sejatikan..semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat

  7. cantiknya kak ina masa zaman muda dulu… patut ramai yg berkenan.. hihihihi…Masalah sekarang cinta lebih kepada cinta nafsu.. bukannya ketak akal di depan perasaan, tapi letak nafsu mengawal jiwa.. hilang iman, hilang pegangan.. tu yg banyak kes yang di luar batasan akal waras manusia yg jadi tuh.. huhuhu..SEDIH AMAT!!… dan takut sangat..

  8. salam NJ..memang betul..tak habis belajar dah berangan nak kawin..dia org ingat senang kot nak kawin..fikirkan nafsu ajer..salam ika..alamak ika…lawa ker? tq lah..masa remaja dah berlalu..skrg ni dah berubah 100%.salam Billet-DOux..dulu bolehlah kata lawa..skrg ni dah kurang sikit dah..dah tualah..salam matjoe..cinta jika kena tempatnya memang indah..tu sebab akak tulis cerita ni..buat kenangan..sebab anak-anak pun boleh baca.salam Yatie…baguslah camtu..berkawan biar seribu..berkasih biarlah satu….inilah yang pertama dan terakhir..semuga berbahagia sepanjang hayat.salam Leya..betul..betul..betul..salam kak yong..sekali sekala kena bongkar balik sejarah silam..nak jadikan memori yang terindah.salam merah baldu..dah jodoh..alhamdulliah dapat berkawin dengan hb skrg..doakan agar akak berbahagia selamanya.salam Erna..biasalah tu..tengah mentel..terima kasih di atas doa kamu tu.salam tiny..lawa..alamak malunya..betul tu tiny skrg ni byk yang ikutkan nafsu sampai mengandung pastu kena tinggal dan buang anak..semuga keturunan kita tak jadi macam tu.salam uda..dah jodoh kan..semuga akak berbahagia selamanya.salam hasni…jangan ikut nafsu yer..kelak merana diri..jaga diri baik-baik..jangan 100% percaya kepada teman lelaki.salam catlina..sajer ajer bongkar cerita silam..seronok pulak rasanya.

  9. Salam Kak Ina. Sonok juga baca cite KIna ni, habis sume Along baca. Popular gak Kak Ina ni dari dulu sampai skrg. Tingin Along nk jumpa & kenal Kak Ina dari dekat, mesti personaliti Kak Ina menarik sebab tu ramai peminat. Rupa Kak Ina tak byk berubah dari dulu, memang boleh cam cuma dulu tu muda & slim ler…hehe. Untung Kak Ina ni walaupun serah semua pd takdir tapi dpt jodoh & cinta yg kekal. Kekadang org bercinta beria2 pun lum tentu bahgia kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s