Berblog bukan goblok tau!!!!!

 Saper yang tak tahu goblok tu…silalah refer kepada orang Jawa ek…kalau tak ada member Jawa..akak bagitaulah maksud dia…BODOHHHHHHH…pasal akak pernah dengar orang kata camtu..

Sakit tak hati kamu bila orang kata camtu…..lagi satu mereka kata …ala buang masa ajer…

Mereka tak tahu ker? 
Sebenarnya berblogging ni bukanlah membuang masa..tapi memanafaatkan masa…macam akak ni…tak kanlah nak duduk depan tv ajer..baik akak bukak pc dan berblogging…
Kalau keluar kang..lagi banyak pakai duit…nak bayar duit minyak, duit parking dan duit makan  minum.
Kalau berblogging ni tak yah keluar duit satu sen pun…kecuali bayar streamix ajer…rugi rasanya akak kalau akak tak guna…sebab suami akak bayar beratus sebulan tau…
Bila akak cerita..akak boleh dapat income (tentulah dari NUFFNANG) walaupun seciput pun mereka tak percaya jugak…termasuklah adik beradik akak dan adik beradik suami akak…..

lepas akak bila  tunjuk cek barulah mereka bukak mata ..walaupun income yang akak dapat baru-baru ni akak kumpul nak dekat setahun…dapat jugak beratus…saper nak kasi kita duit walaupun RM1.00….


 Bila akak bagitau dengan berblog akak menang  dapat Blackberry Curve (yang dah berhijrah ke India) dan tunjukkan bukti barulah mereka nak percaya cakap akak..
Yang best kan…anak buah dan ipar akak pun ada yang baca blog akak..member-member Yana kat India pun bukak jugak blog ni…
  • Wah mak ngah (belah akak)..Mak Uda (belah suami)…terrorlah…
  • ha…kamu ingat mak ngah/mak uda ni buta it ek.. (dulu memanglah tak reti..anak ajar..pastu rajin gi blog orang lain)
Member-member Yana kat India pun bukak jugak blog ni..tapi .tak yahlah mereka klik iklan …. sebab tak kan di kira punyer…dapat naikkan visitors/hits dah cukup bagus…


 Dulu kan yang rajin datang kat blog akak cuma orang Malaysia ajer..(mcm hana, dak ika, lg…ni memang member myresepi yang duk kat oversea..memang selalu jenguk blog akak)sekarang ada jugak yang datang dari jejauh..terima kasihlah yer..

Yang tak best…tak leh mengumpat saudara maralah…kena tulis yang elok-elok…takut nanti jadi cerita pulak di belakang hari…mengumpat berdosa kan…


Walaupun akak berblog …alhamdulliah suami akak tak complain…sebab semua kerja umah siap…kain baju dia akak gosok..akak masak…kemas umah…
Dulu-dulu pun suami akak macam tak bagi jugak akak gi event Nuffnang ker.
 tenguk wayang memalam…dia siap kata:
Wah…Ina sekarang ni dah pandai bersosial....
Ala bang …Ina bukan buat yang tak senonoh…kalau pergi pun dengan anak..(selalunya Firdaus)

Alhamdulliah sekarang ni suami akak tak bising lagi..kalau ada events  (walaupun tempat tu tak sesuai) 

ataupun nak jumpa member blog..dia dah tak bising dah..sayang abang…muahhhhhh

12 thoughts on “Berblog bukan goblok tau!!!!!

  1. Salam Kak Ina,Betul tu. Ada gak member2 sy kata buang masa je berblogging ni. Tapi dari kita membuang masa melangut kat umah org baik duk rumah sendiri ngadap komputer. Sejak berblogging ni banyak info yg sebelum sy tak tahu sy tahu dari blog walking. Bak kata org "Jauh berjalan luas pandangan". Sebenarnya dengan berblogging ni at least kita ni tak lah nyanyuk cepat sebab nk buat N3 pun bukan senang. Nk kena kreatif. Hari2 nk kena fikir apa nk tulis. Pada yg nk menjana pendapatan kena fikir macam mana nk up kan traffic. Tu semua melibatkan planning yg terperinci. Macam org nk buat marketing gak. Pada sy blogger ni org yg profesional sebab nk tarik org baca blog kita pun bukannya senang.

  2. salam mr bean…Aus yang tu pangkat anak angkat bolehlah tau..nak jadi anak betul tak leh lah..salam paij88…sabar separuh dari iman kan…Hai Ah Fatt…tq dtg sini yer..nanti kalau event kamu joinlah tau..best oooo..salam aidah..betul..betul..betul..apa yang kamu tulis tu..salam Fad..ala akak msk biasa ajer..tak leh lawan dengan restorenlah..salam Eyriqazz…tak apa pelan-pelan..akak tetap menunggu.

  3. sapa kata berblog ni goblok? bagus apa berblog ni. byk paedahnya…dpt ramai kawan, dpt berutkar2 citer, dapat menu dan resepi baru, dapat ilmu…. byk yg boleh dipelajari dr blog ni. mcm saya jugaklah…dulu x tau nak buat blog tu camana, skrg dah terror. dulu x kenal k.ina, hana, fiza, kakintan, dan ramai lagi…skrg dah jd kenalan. kan bagus tu???

  4. salam kenal =)blogging mmg bagus klu kita pndai manfaatkn penggunaan..cam saya, saya wat lepas tensen..hehehehe..citer kt sumer orang apa yg saya rasa..and in the same time, bleh kenal ngn org2 yg kita xterjangka pon hidup dia mcm mana..btw, i really love this entry =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s