Nasi Goreng Pedas

 Kesian dengan seorang adik akak  yang cuber nak masak kuehtiaw goreng…ada ker patut si Aus ni letak ikan bilis…tergelak akak di buatnya..
tapi tak apa..at least beliau mencuber.. nak suruh cari isteri.. muda belia lagi..
tak macam bean moreno tu…tak pernah lagi akak tenguk dia tunjuk skill memasak…al maklumlah dah ada isteri.
Sekali-kali layan nasi goreng best jugak ek…bila mood kus-kus datang…ataupun buntu nak buat untuk sarapan…ataupun bila nasi banyak terlebih… akak buat ajer nasi goreng..sayang kan nak buang lebihan nasi..anak-anak ni pulak.kalau akak masak nasi sikit ..dia orang makan banyak…bila masak nasi   banyak…mereka tak nak makanlah pulak..geram betul…jomlah layan nasi goreng akak ni..
Bahan-bahan
  • 4 mangkuk sedang nasi putih
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 5 ulas bawang putih -tumbuk*
  • 1 labu bawang besar -tumbuk *
  • 2 sudu besar udang kering-rendam sebentar..lepas tu tumbuk dengan bawang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/4 biji kobis – hiris halus2
  • 1/2 cawan ikan bilis-goreng garing
  • 2 biji telor -pukul kembang dan buat telur dadar tapi nipis-nipis yer
  • garam dan minyak secukupnya

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumis  bawang putih, bawang besar dan udang kering yang telah ditumbuk.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
  3. Masukkan  kobis. Kacau rata. Masukkan nasi dan kacau sehingga nasi garing.
  4. Hiaskan dengan telur dadar yang dihiris halus  bersama ikan bilis.
 ehmmm tak jemu dengan ikan keli…salah satu kegemaran anak-anak akak termasuk suami akak..
dapat pulak award dari blog Love
satu-satu member cyber akak berbangsa India..tq very-very much dear.

7 thoughts on “Nasi Goreng Pedas

  1. salam kancilbiru..oo nak buat camner kan..kalau kamu teringin makan/beli ajer..lagi sonang.salam sue..kalau favourite ..cuti ni bolehlah buat..salam eliza..memang kesukaan anak-anak…al maklumlah ada darah orang N9..salam daydeck..nak buek camnolah jang oiiiii..anak akak memang gomar makan lauk ni…salam mak su…klu cam tu tak yahlah bubuh banyak cili..tuang kicap lebih-lebih..biar kurang pedas.salam amy..oo camtu ker..kat umah ni..tak kisah masak camner..semua laku..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s