Tips..camner nak dapat traffik

first sekali jumper bloggers fofolur ni dan event pertama akak dengan nuffnang
Ada jugak adik-adik dan anak-anak tanya pasal nuffnang lagi..

hemmm sepanjang akak berblogging selama se tahun lebih..memang akak selalu jugak join event nuffnangs..best tau..walaupun kadangkala tempat tu rasanya memang tak sesuai untuk akak…
Kalau tak pergi..rasa  rugi pulak rasanya..sebab nanti tak boleh tulis dalam blog…tak N3..Kat situ boleh jumper bloggers baru..dapat tambah lagi member blog.

Ada pulak nak tahu tip-tip …kalau nak di ikutkan akak taklah se glamour 2 orang kat atas tu..tapi tahulah akak sikit-sikit tips dari pembacaan dan pengamalan akak ..
Bukan nak tunjuk pandai tau..saja nak share dengan adik-adik dan anak-anak…(sebab ada yang baya anak akak)
 Cuberlah baca..kalau tersilap.. maaf yer
  • Salah satu tip nak bagi orang kenal kita… 
  • Cuberlah join  event terutama event Nuffnang.. pasal yang selalu datang ialah bloggers yang fofolur..Kita boleh kita ambil gambar dengan mereka….janganlah malu dengan bloggers fofolur ni sebab mereka tidak sombong ..very-very peramah..
  •  Kat situ jugak kita dapat jumper bloggers yang baru dah berkenalanlah dengan mereka…bila balik  pergilah terjah blog mereka pulak..dah bertambah kenalan kita..betul tak?
     akak tengah ajar camner nak joget ular senduk kat adik-adik ni..
    • Sekarang ni ada bloggers yang rajin buat gath ..kalau boleh joinlah…. kalau dapat joinlah ..cam akak ni  tak dapat join sebab mereka selalu buat weekends …akak lebih bzzz pada hari tersebut….tak caya tanya kak intan …sebab  hb dan anak-anak ada kat umah..tak sedap nak tinggalkan mereka..kecuali kalau hb akak outstation baru akak boleh join ataupun hb akak ada tournament bowling…blogging blogging jugak..family pun mesti di utamakan..
        bersama oh bulan yang fofolur dan bersama adik-adik bloggers
        • Pastikan kita ambil link member-member bloggers yang kita jumpa dan kalau boleh linklah mereka..jangan kedekut nak linkkan mereka walaupun mereka baru bukak blog…kita-kita sama-sama menaikkan visitors masing-masing...ala tolong sesama kitakan..apa salahnya..
        • Kalau boleh cuber jawab segala komen di bawah N3  dan juga di shoutbox….akak memang seronok bila ada yang bagi komen.. 
        • kalau 2 orang ajer yang bagi komen ..akak terasa macamlah blog akak ni tak bestlah pulak...ala takkan nak paksa kan...akak kdg-kdg ambil masa juga nak jawab segala komen/soalan tu…tapi akak usahakan jugak menjawabnya..walaupun ada yang tertinggal–minta maaflah yer...  maklumlah suri rumah ni lagi sibuk dari orang yang bekerja-eh..eh yer ker...

        •   Kenalah berusaha  keras update blog setiap hari..walaupun cerita merapu meraban…ada jugak akak tenguk kat blog yang maki hamun dan gunakan bahasa kasar pun dapat hits yang tinggi tau..mungkin sebab anak-anak muda suker blog yang tulis cam tu..entahlah..masing-masing punyer selera kan..
        •  
        • kalau tak update camner orang nak datang..betul tak??.akak kadang-kadang update satu cerita..kadang-kadang rajin update 2 cerita dalam satu hari…kalau balik kampung ataupun keluar jejalan taklah update..sebab penat..tapi kalau  hari biasa selalunya 2 cerita..kalau weekend kadang-kadang ada…kadang-kadang tak ada.  Sekarang ni kalau balik kampung  2-3 hari akak akan cuber buat N3 jugak …tapi guna auto publish….nanti akak trylah pulak buat camtu..
        • Tajuk kalau boleh biarlah yang berbunyi hebat…sampai orang tertarik nak baca…..tapi jangan lucah yer…tak baik..tak berkat dapat rezeki cara cam tu kan… (klu nak buat suker hatilah).
        •   Macam Adik Nara kata..janganlah tulis ikut bahasa buku/baku…tulis ikut cara kita..masing-masing ada identiti sendiri dan kalau boleh janganlah meniru kecuali setelah mendapat izin dari empunya diri….ada ker yang bagi keizinan
        • Janganlah tulis N3 pepanjang pastu tulisan kecil bebenar sampai orang nak baca pun susah.
        • Kalau nak cepat fofular tulislah tentang gosip artis sebab pembaca blog memang suker baca hal cam ni….(akak tak minat nak tulis camtu.)  Kalau nak tulis yang pedas-pedas dan mencarut pun boleh..tapi jangan sampai kena tangkap udahlah macam si Aduka tu.

        •   Masukkanlah gambar ..tu yang orang suker tenguk..kalau gambar hasil karya sendiri lagi di hargai..kalau tak ada mintalah izin nak gunakan gambar orang lain..kena jugak jaga tata susila…jangan pakai ambil ajer…cam kalau orang ambil barang kita..tak bagi tau…kita marah tak? kalau tak marah..memang baguslah blogger tu..kira senang dapat pahala.
        • Selalulah blog walking..jejalan gi ke blog orang yang kita tak kenal..carilah member sebanyak yang boleh….. 
        • akak kadang-kadang memang tak sempat nak blog walking terutama kat link akak ni..ramai sesangat (perasan)..terutama hari cuti sebab pc ada satu ramai sangat anak-anak  yang nak rebut..kalau rajin akak guna nokia akak ajer..tapi lambat sikitlah kalau guna cik norkiah tu…kecik bebenar..kena taip pelan-pelan.

        Ada pulak yang tanya…

        •  UMILIYA said..salam…kenalan….erhhmm camana ekk nak joint nuffnang ..nak joint gak dah berapa kali daftar tak jadi2 huhuhu..bantulah sahabat mu ini..heheh
        • Kamu gi kat label  aaa bestnya join nuffnang..kat situ akak ada tulis camner nak masukkan nuffnang…cuberlah yer..jangan putus asa..kalau tak ada nuffnang camner nak dapat duit…
         dengan adik nara..nasib baik dia sudi ambik gambar dengan akak
        •  Ayumieza said…salam kak..citerlah sikit mcm aner akak menang blackberry dan join event2 yang nufnang adakan??
        • Kamu kena daftar dulu dengan Nuffnang..pastu rajin lawat web dia..selalunya kalau nuffnang nak buat event mereka suruh buat N3 dulu..lepas tu kalau terpilih bolehlah kita gi event tu…masa event ogawa tu pihak Nuffnang call akak…(dapat mimpi apa tah
        • selalunya  mereka hantar email..bukan selalu dapat dik..ikut nasibbb…yang menang blackberry tu pun akak buat N3 pasal event yang akak pergi …kebetulan ada rezeki..dapatlah hp tu..
        Tulah serba sikit yang akak tau camner nak dapat tarfik…bukan senang yer..

        Masa akak mula-mula bukak blog…cuma ada 10-15 orang ajer tau sehari yang masuk… sedih tau..tapi akak tak berputus asa..akak terus jugak tulis dan masak ikut resepi….mula-mula tak daftar pun dengan nuffnang..pastu ada member bagi tau…kenapa tak daftar dengan nuffnang..boleh dapat wang sampingan….akak pun daftarlah…barulah tau yang nuffnang ni best…rugi daftar lambat sangat..

        Bukan sehari dik oooooiii….makan bertahun tau nak orang kenal walaupun taklah se glamour redmumy dan adik nara tu..tapi jadilah..kalau lepas dari angka 100 visitors insyallah masuklah sikit-sikit duit tu..
        Akak pun ambil masa setahun lebih tau nak cash out duit tu…tak macam bloggers yang bernasib baik ..baru join nuffnang dalam 5-6 bulan dah cash out…tulah..rezeki bukan di tangan kita…kita cuma kena berusaha…kena kerja keras…
        Kan akak dah  pernah cerita dulu….. mula-mula dulu sebulan cuma seciput ..ataupun 0.25 sen..tak apalah kan ..kira duit jugak tukan…lelama barulah meningkat ke puluh dan ratus..tu pun ambil masa jugak weiiiiii…

        Yang best  pulak…kalau web/blog kita akan di pilih oleh pihak pengiklan (bukan  dipilih oleh nuffnang yer) di panggil buffered earnings..memang lebat tau….

        Kalau pengiklan berminat nak iklankan barangan mereka..mereka akan pilih blog yang banyak unique visitors/traffics yang banyak….mereka mestilah  pilih yang banyak orang masuk sebab mereka tentu nak pulangan yang lumayan jugak kan..

        Tapi ada juga yang visitors tak sampai 100 pun pengiklan pilih..mungkin ada sebab-sebab tertentu dan mungkin juga dah rezeki bloggers tersebut..


        Rasanya tu dululah tips yang akak tahu..nanti kalau ada lagi tips yang lain akak bagitau ek..semuga puas hati..

        31 thoughts on “Tips..camner nak dapat traffik

        1. Assalamualaikum kak ina.Tenkiu sb sudi kongsikan tips akak. Kakchik ada juga ambil masa ziarah kwn2 yg dlm list dan sesiapa yg dtg blogwalk ke blog. Sejak 4 bulan join nuffnang, duit dlm tu dah lebih RM80 tapi tak mau cash out lagi. Ingat nak tunggu cukup 5 bulan hehe kot le dapat RM100. Kita dok jauh, takleh naik join byk aktiviti w/pun ada yg jatuh minat. Anyway, selamat berjaya kak ina. Kalau sampai KB lagi jangan lupa singgah kedai MariBaca ya.

        2. kak ina…tq for the info…..sgt setuju…..paling setuju…"suri rumah lagi sibuk dr org bekerja…."suri rumah bekerja tanpa henti…nk duduk pun kadang tak sempat…ade je nk d kejekan tambah yg ade anak kecik….

        3. nk tau apa komen yg akak delete tu. hmm, buffered earning to best. tgk themes blog jugak, kalo susu baby takkan nk advertise dalam blog yg dok cerita pasal berparty.nice tip, mmg syok blogging n join event. tp family first. yes, family first! kalau tak, satu pihak yg rasa diri tak diambil berat akan bermuncung muncungan

        4. Salam Kak Ina,Bagus tips tips akak kongsi kat sini. boleh kite buat panduan :)Kalau kami balik bercuti kat Malaysia nanti, panjang umur murah rezeki boleh kami jumpa Kak Ina jugak ye. Teringin nak kenal. Harap2 Kak Ina sudi lah jumpa kami ye🙂

        5. salam sue @ nennie..cuberlah ikut kalau nak ikut…akak tak paksa tau.salam kak chik..betullah tu..takkanlah kak chik nak datang event tu jejauh..membazirkan. wah banyak jugak ek kak chik dapat..alhamdulliah at least tak penat tangan menaip kan..salam aNIe..wah promote nuffnang nampak..best kan..sejak kamu dapat tiket wayang ni..rajin ek kamu update..chaiyoklah..salam kancilbiru..lain dari yang lain?eh..akak rasa sama ajer..cuma perkataan yang berbeza kot?salam uda..memang akak bagi buat panduan adik-adik dan anak-anak..sebab ada yang bertanya..apa salahnya kita saling bantu membantu.salam sheila..ok..no problem…kali ni akak belanja kamu pulak tau..bila agaknya kamu balik lagi.salam mamashasha..ehmmm nasib baiklah kamu sokong akak..tapi memang betullah..kalau ada anak kecik lagi renyah di buatnya..salam mr bean moreno..ala nak dengki??tak apa dengki untuk kebaikan..insyallah kamu punyer traffic lagi hebat dari akak nanti..salam aidah..cuber yer jadikan panduan.salam liza..ala tak kerjalah ..kalau bekerja mungkin tak sempat kot nak berblogging..salam Hajib..tak salah berkongsi ilmu kan..akak pun bukannya pandai sangat..tapi bolehlah sikit-sikit berdasarkan pengalaman.salam Kak Long Mawar Merah..terima sudi datang dan baca kat blog akak..jemput datang selalu…yang betul jadikan panduan yer…yang silap harap di maafkan.salam eyriqazz..akak berdebar nak tunggu N3 kamu pasal akak ni..memang hati berdebak berdebuk..terima kasihlah sudi nak terjah akak nanti..tajuk tu…ooo boleh jugak..sebab bukan semua yang dah tertunailah hasrat dihati.salam ijan..ooo nak balik cuti ker..kalau kamu sudi jumpa akak lagilah akak sudi…akak ni saperlah..orang biasa ajer.blog kamu lagi fofolur dari akak tau..jelous tenguk gambar kat situ..menggiurkan sungguh.salam umiliya..selamat pagi..terima kasih sudi jenguk..salam ai..sama-sama kasih..bilerlah nak jumper awek cun ni..

        6. Salam Kak Ina, tips yang bagus..dah lama kan kita tak jumpa di event Nuffnang, Zaila pun agak sibuk dua tiga menjak ni, jangan lupa join contest kat blog Zaila ya;)27 & 28hb nanti sudi2kan ke Subang Parade lawat booth Zaila ya;)

        7. k ina,mudah phm bc tips akak neh coz tulisan besau n bhsa senang paham… kalo tulis ngan ikhlas mmg senang phm, ptt rejeki k ina lebat….amin!!! ehhehehe….doa tuh kan?

        Tinggalkan Jawapan

        Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

        WordPress.com Logo

        Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

        Twitter picture

        Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

        Facebook photo

        Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

        Google+ photo

        Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

        Connecting to %s