Jun Chocolate Cake-Kek Harijadi Firdaus

Semalam akak buat jugak kek untuk firdaus..ashik tertunda ajer ..sebab mak dia ashik jumper member cyber…semalam memang tak masak…akak ada 2 jemputan kawin….
dari pagi akak dah godek pc…cari resepi coklat kek…sebab dia minat bola akak dekolah rumput…dan letak pemain bola…dah lama dah beli set pemain ni….tapi tak buat apa-apa..si imran pun buat mainlah…
sampai hilang tiang gol dan bola…akak paksa dia cari…cari punya cari yang jumpa cuma tiang gol ajer…bola hilang  entah ke mana..
 
ambil masa jugak nak buat topping dan deko…kena sejukkan kek bila dah masak…
motor ni pun sebagai hiasan ajer..dia ni memang minat dengan motor mahal…tapi sorrylah..beli sendiri ek…bila dah kerja nanti..mak tak mampu nak belikan..lagipun puas hati bila beli hasil titik peluh sendiri…
lepas kek sejuk kena buat  topping pastu tuang atas kek …bubuh kepingan almonds yang telah di panggang dan masukkan ke dalam peti sejuk sebab nak bagi coklat tu beku..
masa ni tiang gol dah jumper
kena bancuh mentega, creamwell dan gula aising …..barulah boleh deko rumput sememeh dan hiasan tepi kek..memanglah tak lawa kek yang akak buat …tapi puas hati..sebab nak survey kat   kedai kek …….harga kek  coklat yang cinonet pun dah RM20 lebih…akak siapkan sebelum pukul 12.00 tengahari..tapi dia tak ada kat umahlah pulak…terpaksa tunggu dia balik malam…
sekejap aje firdaus dah 21 tahun..silap-silap 3-5 tahun nanti kawinlah dia…….tapi tak bestlah masa dia potong kek…cuma imran ajer yang nyanyi…3 orang yang lain tak der..tak meriah langsung…

jadilah ye daus..mak bukannya terror buat pun..
jomlah tenguk resepi kek coklat jun ni..tapi topping akak guna resepi masa buat kek kukus coklat.akak c &  p dari blog cik mat gebu ajer….

Bahan-Bahannya:-

  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 200 ml susu sejat*
  • 1 camca teh Nescafe*(*disatukan)
  • 250 ml air panas
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 1 cawan gula halus
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 1 1/2 camca teh sodium bicarbonate*
  • 1 1/2 camca teh baking powder*
  • 3/4 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin kek bulat berdiameter 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus memukul hingga kembang dan pekat. Tuang susu+ nescafe perlahan2 sambil terus memukul pada kelajaun sederhana hingga habis. Gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan minyak masak hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan diakhiri dengan air panas mendidih. Putar kesemuanya hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas tadi dan bakar 40 – 45 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan biarkan betul2 sejuk atas jaringan.

Cream Coklat
Bahan-bahan
  • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
  • 50 gm fresh cream
Cara-cara

 1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan mentega…lepas tu kacau sebati sehingga agak sejuk.
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Posted in Kek

6 thoughts on “Jun Chocolate Cake-Kek Harijadi Firdaus

  1. Selamat Ulang tahun Firdaus….nape tak cakap b'day Firdaus tadi.kalau tak mesti k.ct dah nyanyi kat depan pintu pagar hehehe.Apa pun k.ct doa kan semoga Firdaus di beri kesihatan yang baik2 selalu, dapat apa yang di hajati dan di permudahkan dalam segala hal ya.

  2. happy 21st bday firdaus. Moga jd anak yg soleh dan selalu diberkati Allah. Jaga mak baik2 ye. penat mak buatkan kek coklat siap ngan football players lagi. salute lah kak ina!!!

  3. Selamat Hari Lahir Firdaus…lahaaiii rajin jugak mama dia buatkan siap dengan padang bola n motorbike lgk..ish ish, lepas main bola leh gi merempit seround..ahaakksss…(*gurau je Firdaus ya) Semoga hidup diberikan kejayaan dan cemerlang di dunia dan akhirat…K.Ina, ada lg x kek tu..pos sikit kat Kuantan nih! Sungguh terliur, dah lama tekak ni x pekena kek cokelaaattt…hehe

  4. Salam Kak Ina…Selamat Hari Lahir Buat Firdaus…moga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat….Buat Kak Ina….air tangan ibu tak ada nilainya untuk kek yang sebegitu….lebih dari harga yang akak survey kat kedai kak…kerana tiada dua atau tiga ibu di dunia ini bagi seorang anak…Moga Allah Berkati Usaha kita para Ibu….Amin!

  5. Auntie CT Delima:hahahaha…birthday sye dh lme dh la…nie msti xbce n3 mak yg lme nie…hahahaha…anyway thxAuntie Ummi:xmnt sgt men bola..suke tengok bola…ske men boling je…merempit….adess xske la tp ske bwk lju2..heheheto others auntie thx 4 da wish…nati2 ble arijadi auntie2 nati suh mak wishkn…thx again-firdaus-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s