Resepi Biskut Crunchy Coklat Chip hilang lah pulak …terpaksa tepek lagi sekali..

Tadi ada member cyber tanya kenapa resepi biskut coklat chips  yang akak buat kali kedua hilang tak ada dalam blog ni..akak pun cari balik..memang tak ada..alamak…mungkin akak terdelete kot…aduhai..sayangnya..gambar dalam fail pun dah di delete..tapi tak apalah alqasam..dua-dua resepi sedap…akak tepek lagi sekali resepi tu ye..rasanya akak ambil dari blog ummi.

Resepi asal dari rumah mamafami tapi akak c & p dari blog Puan Ummi di Kuantan yang baru dapat hadiah birthday BM…akak jugak yang belum dapat lagi benda tu…

Bahan A:-
  • 125 gm butter
  • 125 gm marjerin (*ummi guna sume butter)
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 gm gula halus
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu kecil esen vanila


Bahan B:-

  • 230 gm tepung gandum ) ayak
  • 20 gm serbuk koko ) bersama
  • 100 gm chocolate chips
  • 50 gm white chocolate chips (boleh gantikan dengan chocolate rice)
  • 50 gm badam cincang (roasted)
  • 50 gm nestum (*ummi ganti dgn cornflakes..)


Cara Membuat:-

  • Pukul butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan kuning telor dan esen vanila. Gaul rata.
  • Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu/spatula.
  • Sudukan adunan kecil2 (besar guli) dalam loyang (adunan akan mengembang sedikit ketika membakar).
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

    Nota..ada tak sesiapa tahu camna nak cari balik gambar dan resepi yang hilang tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s