Disebalik cerita kek coklat kukus

 

Pening akak dengan perangai si imran ni..ada ker patut bila nak dekat pukul maghrib baru bagi tau..

  • mak esok ada makan-makan…
  • makan-makan apa ke benda….kat sekolah ke kat umah ustaz (tempat di mengaji)
  • kat sekolahlah..cikgu ada bagi surat…mak buatlah kek…
  • cepat ambil surat dalam beg…
lepas baca surat dari pihak sekolah
  • laaa….Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah..kenapa imran lambat bagitau
  • luperlah…(senang aje anak lelaki bagi alasan)
  • ingat senang ker nak buat kek…mak bukannya terror pun….
  • dia diam aje sambil tarik muka 14….

Kesiankan dia..akak godek resepi kat internet…cari kek coklat yang paling senang..dah pernah buat kek colkat dan tahu semuanya ambil masa nak buat…nak tunggu kek sejuk dulu baru tuang coklat..nasib baik jugak akak dah beli bahan bakeri kat bbb hari tu..cadangnya nak buat kek harijadi firdaus dan lepas tu bolehlah bawak ke sekolah ira separuh…kat umah ni tak habis nanti sebab dah kurang 3 orang.
Lepas aje kek masak..mengelembunglah pulak..apasal entah..geram sungguh..nasib baiklah boleh cover dengan coklat…nak dekat pukul 11.00 baru siap tuang topping dan tabur hiasan gula warna warni tu..

Akhirnya jadilah kek kukus ni…lawa pulak bila dah di makeup…

Bahan A

  • 220 gm tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1/2 s/k soda bikarbonat
  • 50 gm serbuk koko
  • 180 gm gula perang

Bahan B

  • 2 biji telur
  • 1 s/k esen vanila

Bahan C

  • 200 ml susu cair atau susu segar
  • 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
  • 200 mi air panas
pakai telur 2 biji tapi bila pecahkan dapat 4 biji kuning telur–kembar…belasah ajelah…
Cara-cara

1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

comot sikit coklat kek ni..almaklumlah jarang buat..
Cream Coklat
Bahan-bahan
  • 300 gm coklat masakan [potong kecil]
  • 50 gm fresh cream
  • akak tambah 1 sudu makan mentega , gula warna warni

Cara-cara
 1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan mentega…lepas tu kacau sebati sehingga agak sejuk.
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri. 

 Siap nak di bawak ke sekolah pagi tadi..
Posted in Kek

15 thoughts on “Disebalik cerita kek coklat kukus

  1. salam soccer fanatic..terima kasih sudi datang ke sini. nanti akak jenguk ye…salam ain…dah malamlah ain..lagipun malas nak keluar..kebetulan pulak bahan ada..memang boleh beli tapi puas hati dapat buat sendiri.salam azura..kanak-kanak suker gula warna warni..sesuailah dengan mereka..kalau orang tua mesti tak berani nak makan..takuttttakak buat pun dapat rasa sisa aje..

  2. salam daydeck86…nanti akak buat ..akak kasi kamu sepotong ye..salam suziey..boleh saje nak gath..tapi weekdays ye..weekends payah sikitlah..salam geraugebang..kelakarlah kamu ni …tak yahlah angkat berangkat..takut tak terangkat kang…

  3. salam ima..alahai senang nak buat dia..tak yah pakai mixer pun..kacau-kacau dah boleh kukus..salam mamafami..alahai deko camtu pun okey ker???? mamafami punya deko lagi mengancam…jauh langit dari bumi..salam alqasam..kalau tak ada fresh cream boleh gantikan dengan whipped cream ataupun susu cair ataupun susu pekat..tapi kalau guna susu pekat kurangkan 1/2 dari resepi asal tau..sebab susu pekat tu manis giler…..cuma kurang sedap sikitlah..pasal fresh cream ni buatkan topping berlemak dan manis sikit.fresh cream tu macam topping yang warna putih masa kita beli kek kat kedai..selalu black forest cake gunakan whip cream ni..tapi cream ni tak tahan letak kat luar ..kena masuk dalan peti sejuk selalu. harap boleh membantu ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s