Ayam Goreng Sos Mangga

Dari dulu lagi tertarik nak buat resepi ni…bila gi keluar aje lupa nak beli jus dan mangga masak..akhirnya minggu lepas gi giant..bawak imran suruh di ingatkan akak nak jus mangga dan mangga..akhirnya tertunailah hasratdihati akak nak makan ayam masak cara ni…resepi asal dari media hiburan tahun 2007.

 Bahan-bahan
  • 1 kg ayam(sebaiknya isi) di potong 12 tapi akak guna seekor ayam.-dibersihkan dan tos.
Bahan-bahan A (digaul rata)
  • 5gm serbuk cili – akak dah timbang pastu akak guna sukat dalam 1 sudu makan
  • 5gm serbuk jintan manis
  • 5gm serbuk kunyit
  • bawang putih – tumbuk halus- dalam 5 biji
  • 5gm halia – tumbuk halus -dalam 1 1/2 inci
  • 2 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
Bahan-bahan B (digaul rata)
  • 100gm tepung gandum
  • 50gm tepung kastad
  • 50gm tepung jagung
Bahan-bahan sos
  • 500ml jus mangga
  • 1 biji mangga masak (dihiris halus)
  • 5 biji cili padi (dihiris halus) 
  • 10gm bawang merah (dihiris halus)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa 
Cara-cara memasaknya

 1.  Perap ayam dengan bahan A dan kemudian salutkan dengan bahan B.

2.  Goreng ayam sehingga masak.  Angkat dan toskan minyak.
3.  Didihkan bahan-bahan sos di atas api yang perlahan.
4.  Akhir sekali , tuangkan sos ke atas ayam tadi dan boleh di hidangkan.
****Nota…oleh sebab suami akak ada penyakit kencing manis..akak kurangkan jus dan gula…
kena pandai adjust ek sos tu…..akak malas nak hiris tipis buah mangga tu..
Bukan nak menunjuk tau…tapi untuk menghargai…satu selendang panjang, satu tasbih biasa dan satu tasbih besar dan berat..wah lepas ni kena rajin wirid lepas sembahyang…terima kasih sekali lagi ye shiela.

5 thoughts on “Ayam Goreng Sos Mangga

  1. salam ayu..lain kali kalau singgah bagilah salam..at least akak tau kamu ada datang..salam cik manggis…silakan mencuba ye..salam ain..buat jangan tak buat..nanti akak nak tenguk..betul tu tasbih tu berat sungguh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s