Udang Lada Hitam

 Udang lada hitam ni dah lama dah buat..tapi belum tepek lagi resepi…baru jumper gambar …resepi asal dari umah dayangjack yang suker masak….tapi akak punya udang tak hitam sangat macam dayang punya…adakah akak tersilap resepi? apa-apa pun udang masak cara macam ni best….terima kasih sekali dayangjack…

Bahan-bahan :

  • 300 gm udang basah (digoreng/direbus separuh masak terlebih dahulu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sdt sos tiram
  • 1 sdt sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sdt serbuk lada hitam (kalau xda, guna biji lada hitam dan ditumbuk)
  • 4-6 biji cili padi (diketuk)
  • bahan-bahan hirisan : daun bawang, daun ketumbar, daun sup, cili benggala.-tak ada..akak tambah daun saderi dan tomato di belah 4.

Cara-cara :

  1. Gaulkan udang bersama kicap pekat dan lada hitam. Perapkan selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali, tumis bawang putih hingga perang.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cili padi dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan udang, bawang besar dan kicap manis. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan bahan2 hirisan dan kacau lagi hingga wangi. (Masukkan daun saderi dan tomato dan biarkan sebentar)
  5. Hidangkan setelah masak.

***tak cukup rasa, boleh tambah sos cili, garam dan kicap. adjustlah mana2 perlu. Selamat mencuba!

 Makan panas-panas lagi best…

One thought on “Udang Lada Hitam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s