Masak Lemak Itik Salai

Pernah makan itik tak? akak selalu gak makan sebab abah suker makan…bila abah suker makan…mak rajin masak…skrg ni harga itik mahal betul..tapi sekali-sekali nak lepas gian belilah jugak..akak beli kat pasar tani bersama dengan burung puyuh.  Yang best tu dah siap salai…
Bahan-bahan
  • 1 ekor itik – di potong 1
    2  batang serai, diketuk
  • 500gm santan pekat
  • 400gm air
    1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit-dicarik-carik
  • 2 biji ubi kentang-di buang kulit dan di potong 6 setiap satu
  • Garam 
Bahan tumbuk/kisar (lagi sedap di tumbuk)
  • 15 biji cili api-kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 inci halia
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara-cara
1.  Itik dah siap salai takyah dibersihkan..terus masukkan dalam periuk.
2.  Tumbuk lumat cili api bersama bahan lain dan masukkan bersama-sama itik tadi.
3.  Titikan hujung serai dan masukkan kedalam periuk.
4.  Masukkan santan pekat dan air dan hidupkan api sederhana dan kacau sehingga santan mendidih.
5.  Bila mendidih, masukkan pula ubi kentang dan tunggu sehingga ubi kentang empuk.
6.  Bila empuk perisakan dengan garam dan masukkan daun kunyit.
7.  Biarkan sebentar dan barulah dipadamkan api.
 lain kali boleh beli sebab daging dia memang empuk…berbaloi beli walaupun agak mahal…

goreng pulak ikan masin….tak boleh di amalkan selalu…bagi orang berumur macam akak ni…sekali-sekali bolehlah...

14 thoughts on “Masak Lemak Itik Salai

  1. Alahai akak. Saya tak makan itik.hehe. Tapi klau telur itik yg dah ditukar jadi telur masin, yg tu saya makan.😀 Btw rasanya resipe tu buat dengan daging ayam pun sebab gak kan.p/s Dah lama tak makan ikan masin. Kat Kl ni ikan masin tak beberapa sedap sgt.

  2. salam raya..gambor itik tu masa masih lom berbaju mcm gaya org pemalu ek?kehkehI lom pernah makan itik, tunggu u antar semangkuk bg try rasa, my BT kata mmg sedap…hmm…tu la payahnya akak nih – baik nak makan ker nak masak ker milih2…ada sekali tu org (VIP plak tuh) antar satu bungkusan plastik mintak akak tulun masak, akak tengok bungkusan tu goyang2, bila akak jengah,terus akak menjerit n TERcampak bungkusan tu…abes berterabur…sian akak nengok muka org tu terkezut tenuk, dia tak tau keburukan akak tu sbb akak tak pernah bg tau..apa benda tuh? sebenornya…sebenornya…akak geli kat ikan keli…ergngh..sori…

  3. ima pernah dengar org kata…itik dan ayam kampung ni sedap…tapi kan tekak ima ni tak boleh nak telan kedua2 jenis lauk ni tak tahu kenapa…

  4. salam daydeck86…buat rondang memang sodap..nanti lain kali akak boli akak buat pulok rendang.salam alang…aseyman..byknya benda yang kamu tak makan..rugi besolah..kalau nak ganti dengan ayam pun boleh..klu ayam kg pun sodap..salam queenjah..itik seksi…hi..hi..alahai kesian ek org tu..bagi kat org yang geli dgn ikan keli…kalau bagi kat akak..lagi best..akak buatkan lauk ikan keli berlado..salam maksu..memang sodap..pastu daging dia punyalah empuk..nanti nak gi beli lagi..

  5. salam jiya..cubalah makan kalau nak tahu kesedapannya…benda mahal ..rugi kalau tak makan…salam linn..sedap tau daging itik..pastu kena salai..perghhhh makan tak ingat bila kena ikan masin..salam ain..sodap ain..lain kali cubalah rasa ye..salam ima..nak buat camna kalau tekak dah geli nak makan..sabo ajelah ye..salam cute-mute..memang sedap..tak hanyir pulak tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s