Raya di Segamat

 Taukeh bunga api  dan mercun ajak sepupu dia main mercun dan bunga api malam akak sampai….banyak betul dia bawak..berdentum dentum..yang hairannya ada budak kecik 3 orang tak terperanjat pulak tu..elok aje tidur..
budak-budak main mercun apa ek…luperlah pulak nama apa..
pak saudara (baju hitam) dan anak buah main tembak-tembak..macam kanak-kanak rianglah pulak..
 kakak  ipar (lain ayah) yang baru di sahkan mengidap kanser darah dari jasin melaka..dia balik ke kampung semata-mata nak jumpa adik beradik..kesian tenguk dia..jalan pun tak larat…kena papah..pagi sampai..lepas maghrib balik semula ke melaka..semuga beliau cepat sembuh..
pagi makan nasi goreng..2 mangkuk besar…ramai betul..semua balik..adik beradik suami 10 orang campur suami isteri..campur anak beranak pastu kakak ipar pulak 3 orang anak yang dah beranak pinak pun balik…rasanya nak dekat  70 lebih kot…..
 kena cari port nak tidur.. kena chop dulu…..tidur sampai kat dapur….nasib baiklah rumah kampung besar..
suami akak teringin nak makan ubi rebus..ayah dia dengan gigihnya gi cabut kat rumah jiran..best betul ubi rebus ni..empuk..tak macam kat kl punya…
makan pulak dengan sambal tumis ikan bilis…akak makan tak ingat..pastu kembung…
lepas minum..anak buah kena kemas stor atok mereka..ashik melepak aje…dahlah atok mereka dah tak larat
 Nilah ketua chef dan ketua segala-galanya..kalau bagi arahan semua dengar..al maklumlah kakak sulung…mak long ..tinggal kat jay bee…dia hairan apa pasal akak ashik ambil gambar aje..
adik suami yang jadi tukang inventori (pak itam duduk kat jaybe) tenguk mana nak bakar dan mana nak simpan balik..masa nilah akak terjumpa benda lama..apalagi akak kutip dan bawak balik..
 lepas tu kak long, adik ipar, akak dan suami bergegas ke pasar..nak buat bbq…collect duit dengan adik beradik..idea orang langkawi..konon-kononnya macam hari keluargalah..pergi nak dekat pukul 10.30 pagi..tentulah balik lambat…orang kat rumah sibuk call tanya bila nak balik  pasal bara api dah siap…nak cepat ada pulak keretapi lalu...
balik dari pasar suruh ipar tolong bersihkan ayam, ikan, daging dan sotong..orang perempuan prepare benda nak perap…
 mula-mula bakar daging..akak perap dengan sos segera ..beli kat giant
..nak cepat sebab dah pukul 1.00 lebih..nasib baik orang kat rumah dah masak nasi..makan lauk cincai dulu..
berebut beb…al maklumlah ramai kan ..abaikan perut tukang bakar..berlenggeng
pastu bakar kambing pulak..pun lumur dengan sos perap segera..tak sempat perap..salah satu tukang bakar suami akak…

firdaus pun rajin kipas mengipas

anak buah interframe..masa sessi bakar membakar
pastu bakar sotong dan ikan yang di lumur dengan garam dan kunyit aje..masing-masing dah tak sabar nak makan..
mula-mula bakar atas meja.
pastu meja hitam terbakar…langsung kena letak kat bawah….rosak harta bapa mertua..
berebut makan daging kambing…akak beli sikit aje..ingatkan ramai tak makin daging kambing….cicah dengan blackpapper sos jenama life….topping pun beli kat giant..adik ipar dan biras
pastu bakar ayam…masa ni dah slow…ayam kami beli 15 ekor…sampai malam tak habis..esoknya buat mee dan bihun soto..makan tulah sebelum balik semula ke kl
ira yang seronok..makan tak berhenti…
syok tenguk pokok buah naga bapa mertua tengah berbunga..adik ipar sibuk suruh ambil gambar masuk dalam blog..
malam main lagi…nak habiskan stok sebab besok ramai yang nak balik…
baling jangan tak baling ..nasib baik tak ada yang putus jari atau pun tangan
orang langkawi yang beraya kat kampung…biras akak
anak orang langkawi..bukan senang nak jumpa ..jarang balik ke semenanjung 
baju merah tu panggil akak nek da (oh terasa diri ni dah tua..cucu kak long ) dan sebelah tu anak buah paling bongsu
ubi rebus masih banyak..pagi sebelum balik akak goreng dengan tepung..cicah dengan sambal kicap….

Besoknya hari Rabu kami sekeluarga berangkat balik ke kuala lumpur…jalan clear…lepas  tu dobi mendobilah pulak.. post signature

3 thoughts on “Raya di Segamat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s