Cerita Raya Ke 2 -dalam perjalanan nak balik ke segamat..

Pagi rayer ke 2 kami sekeluarga balik ke kampung suami di segamat…tahun ni giliran raya kat sini dulu….
 kat jalan pahang tak banyak kereta..leh rempit…leh tidur…
best giler …jalan lenggang…jalan nak gi ke tol sg besi
stesyen minyak kat jalan tun razak pun tak ada kereta..padahal dah pukul 9.00 lebihhhh..
tak singgah mana-mana pun ..terus ke kampung gadek kat alor gajah..gi rumah mak saudara (rumah arwah atok dan wan)..masa ni abah, mak dan keluarga adik dah baru sampai kat kg..mereka singgah kat pasar tampin beli daging kerbau dan rebung masam..

rumah lama yang bakal  di runtuhkan sebab kayu dah banyak kena makan dek anai-anai..dulu nilah tempat akak 3 beradik  duduk bila cuti sekolah…mak dan abah pos ke sini…syokkkk sebab mak dan bapa saudara sama sebaya..merayau satu kampung…main kat atas loteng tu pun best giler..
 
ambil gambar kat tangga batu (trademark rumah melaka)
dulu papan…masa dulu rumah atas…sekarang dah di robohkan jadi bawah..sebab semua malas nak naik tangga….
cucu mak ngah yang duduk sebelah rumah mak andek..suker tenguk bduak kembar ni…
 rumah mak ngah….adik abah no 2….
yang sedihnya tgk dia berjalan kena pakai tongkat…masak nasi aje lauk beli ataupun mak andek sebelah rumah tolong masakkan..nak kemas rumah pun kena upah orang…tapi akak ada usha minta 2 pinggan lama..nasib baik dia bagi tapi dia mintak RM10.00…tak kisahlah kan…bagi ajelah..nanti akak show kat blog lagi satu..
alhamdulliah..dapat jugak makan lemang original…tertunailah hasrat dihati
adik abah yang bongsu…akak panggil pak usu….duduk kat melaka jugak..mereka berkumpul kat rumah pusaka bila time raya..selalunya hari raya ke 2
pandai jugak mak andek akak menggayakan benda lama ni…akak mintak tak dapat..orang kampung dah pandai menghargai benda lama ni..
kalau dapat yang ni ..mesti best punya…
 mak andek yang duduk kat rumah pusaka ni…sebelah dia suami mak anjang yg duduk kat felda tenggaroh mersing….tempat memey ..makwe norman hakim tu…akak ada jugak tanya dengan mak anjang…selalu ke norman gi ke rumah memey tu…selalu jugaklah norman bertandang kat situ..alahai..dlm paper kata lain..orang kampung juga yang tau cerita sebenar…
apa lagi kerja mereka ni..makan…makan..makan….anak-anak bersama sepupu sepapat…
makan nasi lepas makan lemang dan ketupat…akak tak makan sebab dah kenyang makan kat rumah mak ngah…lauk asam pedas melaka ikan selar..yang buat best tu makan guna pinggan lama…akak mintak mak andek tak bagi…dia suruh beli sendiri..yelah barang pusaka kan…
apalah yang di perhatikan oleh mereka-mereka ni…
tengah syok giler  tenguk kereta nissan skyline dari singapura..harga RM70,000.00..tapi dah ada orang booking…sepupu akak jadi dealer jual kereta dari singapura.
daus teringin nak beli tapi tapi ..nak beli tak mampu….belum habis belajar lagi..sabo ye..
busu bersama isteri dia…dulu kerja kat felda di mersing..skrg berniaga.
abah bersama pak itam (tinggal di kajang) dan mak anjang (di felda tenggaroh, mersing)time makan…anak buah sibuk ambil gambar..
lepas makan lepak depan tv...
sebelum balik … ambil lagi gambar untuk kenangan…adik yang bawak abah dan mak balik kampung…
 
gambar lembu pun ira nak ambil…
gi pulak rumah saudara kat pekan gadek…besar giler rumah dia..banglo..tapi luper nak ambil gambar depan banglo..lain kali lah ambil
 dulu masa sekolah nilah member permainan kat kampung…sekarang semua dah jadi mak orang….yang baju coklat tu best friend masa kat kampung…sebelah tu kakak dia..tuanpunya rumah banglo..
lepas tu terus balik ke kampung di segamat…sampai kat sana dekat pukul 5.00 petang…tak lama kemudian ipar duai dan adik beradik suami sampai…kena masak…masak 5 tin sardin tin besar dan 20 biji telur di buat dadar…selesai…ramai giler….

7 thoughts on “Cerita Raya Ke 2 -dalam perjalanan nak balik ke segamat..

  1. salam aishah..selamat hari raya jugak buat kamu..memang best dapat makan lemang asli..hasil tangan orang kampung..salam haslina..best tau ramai saudara..dapat jumpa sekali-sekali mcm ni memang meriah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s