Masak apa untuk rayerrr

Pagi hari sabtu lepas subuh akak, hb, mak dan kak long gi ke pasar tani taman melawati beli benda yang nak di masak untuk hari raya..hb akak beli kerepek, akak beli daging, kak long beli ayam tua..dan mak gi beli segala rempah ratus nak masak …rupernya ramai lagi orang kat kay ell…

 Cam biasa bila balik dari pasar anak-anak buah yang perempuan kenalah kopek segala bawang nak masak..
Kak long potong daging nak buat rendang daging..beli 5kg…adik lelaki kat shah alam tak sampai lagi…rupernya ..main fuis  kat rumah dia terbakar..tnb tak datang lambat..pastu kata bukan salah tnb..kena panggil org yang buat letrik datang..(orang tnb jugak).dia pow sampai RM160..padahal kalau beli brg baru RM30.00…ishhhhh ambil kesempatan pulak mereka ni…
Pak long (suami kak long) isi ketupat…bersama anak lelaki dia..
Akak pulak basuh ayam tua…untuk buat rendang rayer dan buat kari untuk berbuka puasa..
Dalam pukul 2.00 petang rendang dah masak..akak tak mengacau rendang..tapi kak long dan adik ipar berganti-ganti kacau rendang..luperlak nak ambil gambar..ketupat pulak siap pukul 6.00 petang.  Malam dia orang gi ke jaya jusco..nak cari apalah pun akak tak tahu.
Tekak ni teringin nak makan lemang..suruh anak akak beli kat gombak..

 tapi anak akak kena tipu…lemang tu dah di tanak dulu baru masuk dalam buluh..dahlah mentah..mereka beli yang paling kecil..nak tahu berapa harga?  RM7.00 mahal giler…tertipu sungguh dengan penjual lemang ni..malam sibuk kemas rumah..

5 thoughts on “Masak apa untuk rayerrr

  1. Selamat hari raya kak ina…bila baca coretan akak pasal lemang, keluarga saya terutama bonda, memang begitu cerewet bab2 lemang ni, yelah dia tu kan dibersarkan oleh waris2 orang negeri 9 di Rembau, jadi lemang tu dah jadi sajian tekak sejak kanak2 lagi, tu pasal ada lemang yang bonda mat rasa, dia kata tak sedap!!…tapi tu lah betul juga, mcm kes lemang kak ina yang ada mentah2 tu….kadang2 kita ni tertipu disebabkan luaran..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s