Nasi Minyak Ah Mat Gebu

First time buat nasi minyak…nasib baiklah jadi..pasal ikut resepi chef fofolur …sape encik ah mat gebulah…resepi yang boleh di percayai..bukan tak nak ambil resepi dalam majalah tu…takut tak jadi..tak berbaloi nanti..dahlah bahan dia mahal…..terima kasih cik mat..akak c & p ajelah…minta halal..
.
BAHAN-BAHANNYA🙂
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan
2 camca besar minyak sapi
1 pokok daun ketumbar, kerat kasar2
1 biji bawang besar, hiris halus
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
3 helai daun pandan, disimpul
700 ml stok ayam (kalau tak de, guna 700 ml air + 1 kiub ayam “maggi”)
300 ml susu cair
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)
1/2 cawan kismis
BAHAN HIAS🙂
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Kacang pis
Kacang gajus yang digoreng

CARAMEMBUATNYA🙂


  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan rempah tumis, bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Matikan api. Tuang beras tadi dalam periuk nasi elektrik.
  2. Tambah susu cair, daun ketumbar dan juga stok ayam. Masukkan garam secukup rasa dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, tabur kismis dan biar betul2 tanak. Gemburkan nasi menggunakan chop stick (cukup sekadar 3 – 4 kali gembur, kalau banyak kali nanti nasi patah2).
  3. Hias dengan bahan2 tabur dan hidangkan bersama juadah2 lain seperti di bawah….Selamat mencuba untuk semua!!..

One thought on “Nasi Minyak Ah Mat Gebu

  1. nampak sedapnya menu ni semua… petang tadi emak pun buat nasi minyak. 2 pinggan saya makan…matilah tambah montel saya ni. takut raya nanti tak muat pula baju baru tu nanti…hahaha.Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s