Daging Masak Merah

 Resepi asal dari Mesra. Net..tapi akak selongkar dari rumah ummi di kuantan..kadang-kadang bingai nak masak..terpaksa selongkar kat rumah orang..terima kasihlah ummi ye..akak c & p ajelah..

Bahan:-
300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis

akak tambah :  1 biji cili merah dihiris serong, 1 sudu makan sos ikan, sedikit lobak merah di hiris memanjang dan sedikit kobis bunga.

Cara Memasak:-
Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). Tambahkan sedikit garam dan kicap air. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 
Masukkan jugak sayur-sayuran dan sos ikan.  Kacau seketika dan angkat. 

 Makan panas-panas lagi sedap….lawan pulak dengan tom yam dan telur dadar…..berpeluh dibuatnya..

3 thoughts on “Daging Masak Merah

  1. salam cik pah..rasanya dah boleh kot makan daging masak cam ni..bubuh halia bebanyak..mesti best punya..salam ain..kat umah ni kalau kari tak berapa sukalah pulak..mereka suka masak cara camni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s