Biskut Denmark (biskut ke 3)

Oleh sebab tertarik baca komen dari ummi di kuantan tu..akak pun merajinkan diri buat cookies ni…adusss memang renyah membuatnya…tang gentel senang..tapi nak celup coklat dan tabur badam tu yang malas…tapi terpaksa sudahkan jugak….sape lagi yang nak buat kalau tak akak….dahlah akak aje perempuan yang tinggal kat rumah sekarang ni….

.nasib baiklah akak tengah bulan mengambang..taklah rasa letih sesangat….boleh berhenti minum..(nafsu nak makan tak adalah sangat..makan biskut ni pun dah kenyang) .akak buat dari pagi…dalam pukul 8.00 lebih …..nak dekat pukul satu baru siap masuk botol..memang mencabar sungguh buat seorang ni…lain kali kena ada orang tolong barulah cepat sikit…

Tapi..memang berbaloilah buat biskut denmark ni…satu adunan leh dapat nak dekat 200 biji…boleh buat meniaga ni….boleh bagi mak akak 50 biji…bawak balik kampung hb  kat Segamat….50 biji….tapi akak tukar guna badam cincang yang telah di sangai….stok badam cincang banyak sebab beli 500gm…lagipun .sebab sayang kalau badam tu tak di gunakan…nanti expiredlah pulak badam tu…resepi asal dari R.Net....lepas tu mak lang azie buat….lepas tu ummi buat…lepas tu akaklah pulak…..akak c &  p dari blog ummi aje..


Bahan-Bahan:-

  • 2 cawan gula (mklang guna 1½ cwn)-ikut mak lang kurangkan gula…
  • 1½ cawan butter
  • 3 cawan tepung jagung
  • 2½ cawan tepung gandum
  • Vanilla(akak letak 1 sudu teh)
  • 2 biji merah telur
Bahan Icing:-
  • 2 kati kacang tanah – sangai & tumbuk (mklang beli readymade aje)
  • 2 bungkus gula icing
  • 4 camb serbuk koko
  • Air panas
*(Nota : bg sesiapa yg rajin nak buat icing ni silalah tapi maklang buat ringkas aje dengan mencairkan cooking choc + shortening, celup biskut dlm coklat dan golek ngan kcg tumbuk) – akak pun wat style Maklang jek..hehe

Cara-Cara:-
  1. Adunkan butter + gula hingga berkrim·
  2. Masukkan telur kemudian kacau hingga sebati·
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati·
  4. Ayak semua tepung, masukkan sedikit-sedikt – uli hingga menjadi lembut.
  5. Gentel bulat – sebesar hujung jari manis je , sbb nanti ia mengembang.. bakar dan sejukkan. (*ummi bakar pd suhu 180C selama 15 – 18 minit – hingga nmpak nak garing sikit, baru rangup! Itupn, bergantung jgk pd oven masing2 ya..)
  6. Celup dlm coklat dan golek dengan kcg tumbuk
     
    macam almond london pun ada ..lepas letak badam cincang….cuma tak ada badam kat dalam…

post signature

3 thoughts on “Biskut Denmark (biskut ke 3)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s