Sup Ayam Ah Mat Gebu

 Kalau kata akak tak pandai buat sup ayam tak patutlah…dah tua macam ni tak pandai masak ayam..teruklah kan..tapi bila tenguk resepi orang lain..apa salahnya kita mencuba dan rasa kelainannya..barulah cik hb kata..wah pandai nya isteri aku masak  sup ayam lain-lain rasa..taklah sama aje sepanjang 23 tahun kawin dengan dia..takutlah dia jemu…bila gi ke blog cik mat..akak tertariklah nak cuba sup cik ah mat gebu ni…minta izin c & p ye cik mat…terima kasih kerna sudi berkongsi resepi..cik mat tak kedekut resepi…bukan boleh bawak mati kan cik mat..

 BAHAN-BAHANNYA🙂
1 ekor ayam, potong 20 (ikut saiz ayam)
4 – 5 biji kentang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam “Maggi”
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)

A (DIKISAR HALUS)…
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 – 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras

B (BAHAN TUMIS)…
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMBUATNYA🙂


  1.  Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji dan rendam dalam air.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan “B” hingga harum, masukkan bahan “A” dan tumis hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 1500 ml) dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar tadi. Perlahankana api dan renihkan.
  4. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sertakan sekali lada kicap, jika suka…

post signature

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s