Ikan Bakar Ala Portugis

Dah lama tak masak ikan panggang/bakar portugis ni…teringat nak buat balik…tak yah gi portugis pun dapat makan masakan dia..jomlah kita bakar membakar..akak bakar masuk dalam oven aje kali ni…

Bahan utama

  • 1 ekor ikan terubuk-di belah 2
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus-tak buat..anak-anak tak suka
  • 3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca teh gula-akak bubuh gula melaka
  • 1 1/2 camca teh garam
  • Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan Tumbuk/Kisar

  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai-akak tambah 2 batang
  • 1 keping hirisan lengkuas-akak tak bubuh
  • 1 helai daun kunyit-akak tambah

UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
 Bahan Minyak Bawang putih

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 6 ulas bawang putih, ditumbuk
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.
 Akak suka tutup dengan daun kunyit sebelum dibalut dgn aluminum foil…

 Cara-caranya

  1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan jus lemon/limau kasturi dan garam 10 minit, cuci dan toskan.
  2. Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar, gaul rata.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi. Sejukkan.
 
Letak seekor ikan atas daun pisang, lumur rata dengan bahan-bahan dan minyak bawang putih. Balut dengan aluminium foil dan bakar hingga masak.  Akak gunakan suhu 180-200 F dalam 45-1 jam…..tenguk besar atau kecik ikan jugak…ikan terubuk ni besar…terpaksa bakar lama sikit….guna api atas bawah…bila nak dekat masak akak guna api atas aje..akak bukak aluminum foil tu pasal nak bagi garing sedikit.

8 thoughts on “Ikan Bakar Ala Portugis

  1. salam ppb..makan ikan terubuk ni memanglah susah..tapi tulah yang sedap..klu tercekik..alamak tak tahulah nak cakap..salam ain..memang best..buatlah..salam geraugebang..kelakarlah kamu ni..ikan pun takut kena hujan tau..tulah sebabnya dia pakai coat..

  2. salam zool blogger..nak buat camni kena ada virus R…kalau Virus M banyak sorrylah..masak yang simple ajelah..terima kasih sudi jenguk blog akak ye..jemputlah datang selalu..salam kak chik..kalau seorang aje yang makan..baik beli..tak berbaloi..

  3. salam kak…sy mik resep akak daging msk merah..tgh emergncy nih…kt umh xder lauk sgt cme der daging jer…huhhu..xtau nk msk per..suami keje..die kater xyah msk dlu..tgh lepak2..bapak mertua plak blik dari kursus 3 ari..luper lgsung nih..mak mertua blik kg…errrmm tgh cri msk daging y simple2..asek msk kicap ngn kari jer..boring…thnx kak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s