Iklan Dulu-Dulu (Kat KLCC)

Lepas suami akak turunkan kami semua di pintu masuk klcc…dia gi ke masjid di situ…kami jejalan dulu..sebab ada masa lagi…nampak ada pameran ni..

 akak bukan tenguk pasal kemerdekaan…tapi sukerlah pulak tenguk iklan zaman dulu-dulu…
suratkhabar  (dah di besarkan) news strait time  keluaran tahun 1960, 1961, 1962 (akak  belum lahir lagi)..

 iklan minuman F & N..kalaulah ada lagi botol ni…boleh buat kenangan…

akak tertunduk nak ambil gambar iklan ni..staff yang jaga pun naik hairan…apa ke hal lah dengan akak ni…ada aku kisah..dah nama blogger…semua nak di ambil gambar…

ada jenama yang masih ada sampai sekarang …seperti alat makeup ni..tentu masa dulu orang kaya yang mampu pakai benda ni…barang omputih..

Roti sunshine
Sup kimball
F & N  walaupun kilang di jalan sungai besi dah di tutup..
Jam rolex
Cat sissons..
dulu pakai tin aje..sekarang spray ajelah..

 kalaulah dapat tin macam ni…di jual semula…mesti melambung harga dia ni…

 Radio philip ni pun sama…
keju kraft..lamanya di pasaran

aircond jenama ni pun masih ada lagi rasernya...
 Rokok ni rasanya dah tak ada kot...

yang ni  pun sama
mungkin dah di tukar dengan essen chickenjenama brand

brand ni tak perasanlah pulak…..rasanya dah tak ada lagi kot…
dapur ni pun dah tak keluar lagi brand ni lagi rasanya
iklan kek..cold storage jugak yang buat…

salah satu iklan minuman keras….

dan yang ni…akak  malas nak snap banyak-banyak..harammm..keluaran cold storage jugak…kaya ek cold storage masa tu…

 sempatlah jugak si firdaus ambil gambar camni…..merdeka….konon nak ikut tangan tunku abdul rahman…….tangan si imran buat peacelah pulak..tak patriotrik langsunglah si im ni..
Bila habis snap gambar…masuk isetan kejap…saje window shopping….bila keluar nak the apartment (tpt makan) ternampaklah pulak air pancut ni…

 jarang dapat tenguk macam ni sebab akak tak pernah keluar waktu petang dan malam kat klcc ni..manusia punyalah ramai…

Kami keluar dari tempat makan nak dekat pukul 10.00 malam..mak datuk orang masih ramai lagi..tapi banyak yang couplelah…macam-macam ragam aje…
 ingatkan nak ambil gambar ira berlatar belakangkan gambar air pancut..masa akak ambil gambar ni tak perasan …bila nak tepek gambar barulah perasan…..adalah pulak org berpeluk kat belakang dia..teruklah pemandangan kat klcc ni..macam-macam orang ada..tak segan silu berpeluk cium…mcm ni tak leh gi selalu..bahaya…klu ira tenguk gambar ni mesti dia malu..

posing lagi…

dan lagi..

tuan punya blog pun nak interframe jugak….

Tunggu cik abang datang jemput…
 imran dah penat..akak suruh berdiri pun dia buat toya aje..tengah belek kad hari raya baru di beli.. nak bagi sape tak tahulah…padahal dia dah beli kat sekolah dan bagi member-member kamcing dan cikgu dia..

14 thoughts on “Iklan Dulu-Dulu (Kat KLCC)

  1. Saya pun tengok pameran tu jugak. Tapi tak terpikir nak tgk iklan. Myb sebab akak ni kreatif kut, tu yg lain dari yg lain. Cayalah akak. Best n menarik kan iklan zaman dulu2.p/s Rosak gambar anak akak dek latar belakang mcm tu. hehe.

  2. salam prettyrain..sayang ekk mcm tu..nak buat camna..org dulu tak tahu benda mcm tu boleh jual di internet…mahallah skrg ni org jual item oldies..salam alimaz…jom kita gi sana tendang orang yg tgh peluk-peluk tu..akak pun menyampasss..salam sumijelly..tulah tak perasanlah pulak…nak buat camna..sampai kat umah baru perasan..

  3. salam ain..tu sebab akak ambil gambar iklan ni..teruja tenguk iklan yang ada sebelum akak lahir lagi..salam h4ni3..ah..ahlah betul kata kamu tu…guna cartoon aje lagi bagus dari model yang pakai seksi meksi tu..baik lelaki ataupun perempuan…salam hasni..bahagia ke…yelah kot…alhamdulliah..

  4. salam alang…tqlah puji akak..merah muka akak bila kamu kata akak kreatif..betul tu..teruklah kat luar klcc skrg ni..patut kena ada orang jabatan agama tunggu kat situ..salam leya..waktu siang sesuailah ke situ…waktu malam banyak hantu..salam fad..tgk ajelah..lama tak gi situ..jrg trn kay ell ke..salam atty's..peminat oveltine rupernya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s