Kurma Ayam Ala India

Sorry silap tulislah….akak pakai ayam…sepatutnya jadi kurma ayam ala india…

Buat ayam kurma ni untuk di makan bersama roti nan jugak…saje nak cuba kurma ni…selalunya masak kurma biasa aje..cuba cari kat mana ada masakan kurma resepi yang lain..gi jenguk kat rumah chef ah mat gebu…ternampaklah pulak resepi ni…lalu teringin nak mencuba..lagi pun masak cara ni bagus sebab guna yogurt….minta halal ek cik mat…c & p aje..

Bahan Utama🙂

500 g daging-akak tukar ke ayam

4 biji kentang
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah/hijau dibelah dua (jgn putus)
2 biji tomato, dicincang
2 camca besar penuh rempah kurma
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3/4 cawan yogurt perisa asli
2 camca besar kerisik
Air secukupnya
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar🙂

5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 biji kacang gajus
1 camca
2 camca besar kelapa parut
besar lada hitam biji

Bahan Tumis🙂

2 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

 Cara membuatnya🙂

  1. Daging dipotong sederhana besar, cuci dan toskan. Kupas kentang dan belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi, biar cair. Tumis bawang besar dan daun kari hingga layu, masukkan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan kasar, goreng hingga harum.
  3. Masukkan cincangan tomato dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan rempah kurma, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu. Bila wangi, masukkan daging, gaul dan tuang air seckupnya.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga daging 3/4 lembut. Masukkan kentang dan kerisik. Masak hingga kentang empuk. Tuang yogurt, gaul rata dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga semua masak dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan...

20 thoughts on “Kurma Ayam Ala India

  1. Salam perkenalan. Aritu perasan akak, cuma malu nak tegur. Lagipun meja saya tepi sebelah tingkap, meja akak pulak sebelah kanan sekali. p/s Perghh, sedapnya tgk gambar ayam masak kurma tu. Lama tak balik kg rasa masakan mak. Kedai area Kl ni tak best sgt masak kurma dia. hehe.

  2. salam ain…baguslah mcm tu..ain boleh buat selalu…salam watie..betl ke??cam tu tiap-tiap minggu masak kurma tu salah satu menu dalam senarailah ye..salam suzi..cuba jangan tak cuba..sedap..

  3. salam mamafami..tu sebabnya akak buat nak makan dengan roti nan.salam siti..nak buat camna kalau boss tak suker..sabo ajelah…salam sya..cuba jangan tak cuba..ina pun kdg-kdg buntu nak msk apa?

  4. salam alimaz..kalau favourite lehlah msk selalu,…salam ungku nor…anak-anak makan habis..sedaplah kot..salam gerau..biasalah tu..bila teringat anak kat india msklah masakan india..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s