Menu simple tapi makan bertambah-tambah (ikan masak taucu aje)

 Masak simple….sebab dah boring makan ayam dan daging…aduss bertambah makan lauk camni…habis cili merah/hijau pun akak makan…resepi akak ambil dari rumah puan ummi di kuantan..sebab malas nak menaip (puasakan-alasan) akak c & p aje dari rumah dia…terima kasih ye ummi…akak ni nak masak taucu pun ambil resepi dari rumah kamu…

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan (apa2 jenis ikan je) akak guna ikan pelaling
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 8 tangkai cili thai – diketuk sikit
  • 1 inci halia – hiris halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar gula
  • air secukupnya untuk kuah
  • garam (optional) sebab taucu dah masin
  • saje menambah 1 batang cili merah/cili hijau di belah 2….
Cara-cara
Ikan dibersihkan, dikelar dan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hampir garing, angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak goreng ikan dan tinggalkan 4 -5 sudu besar minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
Masukkan air asam jawa dan taucu. Biar mendidih sebentar.
Masukkan ikan dan gula. Renehkan dengan api perlahan.

Bila ikan telah lembut, padamkan api. Sedia untuk dihidang. 

Goreng pulak ikan talapia…goreng garing-garing…kononnya nak buat mcm ikan terbang..tapi tak berapa jadilah…belum cukup skill.
Buat pulak sup sayur…sebab nanti tercekik kalau tak ada kuah….tu yang anak-anak dan suami 
akak kata..

3 thoughts on “Menu simple tapi makan bertambah-tambah (ikan masak taucu aje)

  1. kak Ina…Norma memang bawak sebotol taucu dr Malaysia, baru ni jumpa ikan gelama…buat masak taucu tu..memang menyelerakan.Ikan talapia kak ina tu bukan tak boleh terbang…dah macam roket boleh naik ke bulan tu….canggih lah kak ina susun ikan tu…kalau norma gaya terbaring je la…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s