Jalan-jalan cari makan di kampung baru

Tarik nafas dulu…bila nak baca N3 ni…ada orang kata semput baca N3 akak…ye ke????

Balik dari jaya jusco wangsa maju..kami semua kepenatan..tidur sampai tak sedar…memang dah plan nak gi berbuka puasa kat luar….sekali dalam bulan puasa jadilah…tapi susah yang amat nak kejutkan si imran…dai kata….mak penatlah..ashik nak jalan aje..suruh dia mandi …pastu barulah nampak segar sikit.

Kena cepat kalau nak gi  ke pasar ramadhan di jalan raja alang, kampung baru … kalau lambat alamat..susah nak cari parking….nasib baik tau jalan potong nak ke belakang masjid kg baru…jadi taklah jem sangat..tapi susah dah nak cari parking … kereta dah bersusun kiri dan kanan jalan.
 Alhamdulliah dapat jugak parking berhampiran pusat perubatan kg bharu. Amboi ramainya umat…meriah sungguh …macam-macam ada kat situ…macam-macam bau makanan pun ada.  
akak suruh firdaus dan russhi gi ke restoren makanan western kat sebelah masjid kampung baru..ada orang kat kat situ murah dan sedap..jadi nak menerailah ni..
 sementara akak, hb, imran dan-jalan cari kueh yang nak di buat berbuka..beli cempedak goreng
beli karipap
 beli tempe goreng…sedaplah…tapi tak ada pencicah sambal kicap...
beli kat kakak ni…lepas kami jalan lagi sampai
 kat tempat orang jual sayur mayur secara borong…tak pernah akak gi pepetang mcm ni..first time tenguk dia orang jual sayur kampung secara borong..murah rupernya..sape nak berniaga..bolehlah ke sini…tak pun bila nak buat kenduri ….
seronok pulak tenguk orang jual macam-macam…suami tanya…akak tak nak beli sayur ke?apahallah nak gi beli sayur….orang nak berbuka puasa..
 terlajak sampai kat sini sebab nak cari kedai jual air…..jumpa pulak kedai ayamas..jadi beli air kotak kat sini ajelah…akak tak berani beli air kat gerai kat sini…almaklumlah perut dah tua ni…takut kena cirit birit.
Lepas tu pusing balik arah ke masjid kg bharu…orang masih ramai lagi membeli belah..
 singgah beli putu ni….orang jual ni hairan apa pasallah akak ambil gambar dia…agaknya pelancung kot..perasan sungguhlah akak ni..
lepas tu perasan ada  krew sinar berniaga….mereka jual air dan t shirt sinar fm

akak ambil gambar …. krew tu kata…ala kak …tak kan ambil gambar aje…mehlah beli…yang berdiri  ni sape ye…akak dah luper…muka very familier..
lepas tu jumpa russhdi dan firdaus…mereka kata …mak dah full house….tak ada tempat lagi dah…kat restoren tu
 tak apalah ..kita lepak kat masjid aje dulu…bukan kami aje yang buka puasa kat masjid..ramai jugak yang bukak puasa kat situ……muka masing-masing toya aje…imran tak nak ambil gambar masa kat sini…bosanlah…ashik ambil gambar..

 like mother like son…sama aje saiz badan..ha..ha..ha…
lepas solat nanti kita gi balik…memang ada rezekilah pulak…dapat merasa bubur lambuk di raja..suami gi kat tepi masjid..ada makcik bagi bubur ni…..
.
 memang fofular bubur lambuk ni…tak akak tak rajin nak beratur nak gi ambik…selalunya mereka agihkan lepas solat asar…….nasib baik bawak bekas nak makan…sebenarnya ni bekas kurma..letak kurma dalam plastik…senang sikit nak makan…

 tenguklah berapa banyak periuk untuk masak bubur…masa ni org masjid dah kemas separuh dari periuk ni..banyak tau mereka masak…sebab ada penaja…sebenarnya ada tempat untuk berbuka puasa kat tepi masjid..tapi kena berpisahlah pulak lelaki dan perempuan…tak bestlah mcm tu..
akak nak berbuka bersama-sama anak-anak…bukan senang nak kumpul ramai-ramai mcm ni skrg…sedih jugak bila ingatkan yana…nak buat camna..sabo ajelah…
 dan yang ni……kongsi-kongsi…..lepas tu gi solat maghrib…
 saje ambil tingkap lama ni…nak tunjukkan masjid kg bharu ni adalah masjid yang awal di bina di kuala lumpur..
Bila dah habis solat..gilah balik ke restoren tu…alhamdulliah…ada tempat kosong…dah ada yang balik…tapi kena tunggu crew kemaskan meja..Suami akak order sup ayam..ala mcm sup kimball tu tapi dia letak ayam dan daun saderi…harga RM4.00

pastu dia nak makan fish and chip…harga baru RM6.90…tu pun tak habis ..sebab dah kenyang..yang menghabiskan…anak-anaklah….





gaya anak-anak bila ambil gambar…dah kata….tak malu ke gaya macam ni…ala mak..kita orang tak hipokrit…lantaklah…janji muka happy udahlah..


ni akak dan ira punya…dekat nak sama…akak order mix steak..harga..murah giler..baru RM13.90 .


 
ira steak combo…memang baguslah makan kat sini..murah sesangat…ira punya RM15.90…ada seketui udang besar…banyak pulak tu…ira tak larat nak habiskan…

Firdaus order yang paling mahal ….deer steak…RM16.90…taklah mahal sesangat…bolehlah tu…bukan senang nak jumpa daging rusa.

Imran kena paksa ambil gambar…kalau gambar akak tak ada tak bestlah kan…air pun murah …baru Rm2.50…jus pulak tu…bukan dalam botol punya..blender punya…kalau air kopi atau sewaktu dengannya baru RM2.00…pehhhh mana nak dpt minuman se murah ni..pastu byk pulak tu..sampai akak suruh packed bawak balik….sayang tak habis minum….air honey dew pulak tu..


 Saling suap menyuaplah pulak…
yang ni imran punya…chicken gordon blue…kat dalam ayam ada cheese…pun tak habis..harga RM10.90
ira dan russhdi pulak..tukang suap pun ternanga mulut dia……rugilah akak tak saling suap menyuap dengan suami…takkan dia nak…masa bercinta bolehlah….



suker tenguk botol beso ni…mcm botol lama…byk giler kat dlm tu…dia orang buat hiasan…cam nak mintak aje…tapi seganlah…sape tau botol apa ni…

imran sibuk nak ambil gambar macam ni..lepas tu komplen…sakitnya badan membongkok macam ni…sape suruh bergaya cam tu…..oh ya..konsep dalam restoren ni..macam dalam bot tau…best…ada juga tempat makan cam biasa..

russhdi pun nak ambil gambar jugak

bila di kira semua…tak sampai RM100.00…dah campur air…imran bergaya kat tempat pembayaran…restoren ni memang orang melayu punya…jadi tak rasa was-was…sape yang makan steak gi aje ke restoren chop N steak …dekat dengan masjid kampung baru.
dalam perjalanan pulang…tahun depan boleh berbuka lagi kat area kampung bharu lagi…semuga masa tu yana ada balik kat malaysia..

11 thoughts on “Jalan-jalan cari makan di kampung baru

  1. kak ina, tiap2 thn sy dpt rasa bubur lambuk kg baru tu, beratur tau. Lagipun mertua saya org kg baru. Pasar ptg yg jual sayur borong tu mmg murah, saya pernah beli kt sana, tp kalau beli sikit2 x berbaloi la pulak. Akak mkn kt restoran western tu ye, saya pun pernah bawa family mkn mlm kt situ. Kalau akak nk tahu, restoran tu pernah masuk segmen jln2 cari makan. lps kluar tv jer, saya trus cari restoran tu lagipun dia punya dekor lain dr yg lain. Dia orang masak dlm bot…Kelas gitu

  2. kak ina kitaorang kalau kenduri mmg carik petai or jering kat situ jer beli pulak cam petai 1 ikat gadang kalau JENGKOL plak beli 1 goni tapi kena pergi awal la kalau tak xdapat banyak la barang yang dihajatkan kalau pergi lambat TAK TERTUNAILAH HASRAT DIHATI………..hehehehehhee

  3. Baru lepas makan bubur lambuk kg bahru ni haa… jiran yang bagi. Alhamdulillah dapat gak merasa.Kak Inaaaaa… ct sampai semput baca entri yang ni hehehe.panjang giler tu. nasib baik bukan pi luar negara,kalau tak sure berhari2 baca tak habis hahaha ampon kak inaaaaa😉

  4. salam syariza…memang puas hatilah kat situ..kamu pun dah try kan.tq sudi dtg ke blog akak..bagus ek dpt pil org kg bharu….tak susah nak balik sampai 2 kg..mcm akak ni ha..jimat tol dan duit minyak.salam dd..amboi pandai betul kamu cari tpt nak jimatkan kos kenduri..

  5. salam ct delima akak cik mat..apasal tersalah..mata dah byk menjahitlah tu..untunglah kamu dpt free bubur lambuk kg bharu tu..kan akak dah warning…semput nak baca sebab N3 panjang giler…lagi satu sebab gambar byk sgt..syg klu tak tepek kat blog..

  6. kak ina….. memang betul le… leh semput baca cite akak ni… hehehe…. n3 yg menarik sebab lepas satu cite pegi cite lain…. bagus juga idea akak pegi berbuka lepas waktu maghrib kan… org dah xde…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s