Puff Inti Kentang

 Sebab ira nak balik ke asrama hari ni…akak bekalkanlah pastri puff inti kentang..senang sikit kerja…..kalau nak buat karipap jenuh nak klim seorang diri…assistant dah tak ada
 Bahan-bahan
  • 5 biji ubi kentang-dipotong  2 pastu di potong 3
  • 200gm daging kisar
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 4 biji bawang kecil-tumbuk
  • 3 biji bawang putih-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbukdaun kari 
  • 2-3 sudu makan rempah kari daging-akak guna babas
  • 1-2 tangkai
  • air secukupnya
  • garam/minyak secukupnya
 Cara-cara
1.  Rebus ubi kentang sampai empuk..pastu buang air dan toskan.
2.  Panaskan minyak, tumis bawang dan halia bersama daun kari yang telah ditumbuk bersama halia dan tumis sehingga naik bau.
3.  Masukkan rempah kari bersama sedikit air dan perlahankan api dan kacau sampai rempah pecah minyak.
4.  Masukkan daging dan sedikit air dan biarkan daging masak sebentar sambil di kacau selalu.
5.  Bila daging dah empuk/masak..masukkan garam bersama ubi kentang tadi sambil pecah-pecahkan kentang yang telah di rebus tadi.
6.  Biarkan sebati dan kacau sehingga pekat dan bolehlah di keluarkan.
7.  Sejukkan dahulu sebelum di buat pastri puff/karipap.

Bahan untuk pastry puff

  • 1 bungkus pastry puff jenama kawan-dah naik hargalahdulu RM3.00 lebih ..skrg RM4.00 lebih.(saiz 4×4 inci..kat dalam ada 10 keping).
  • 1 biji kuning telur di bubuh sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara

1.  Panaskan oven sehingga suhu 200 F. 
2.  Keluarkan kepingan pastry dan letak inti…lipat 2…(suka hati nak lipat  mcm akak buat ataupun nak lipat dua memanjang).
3.  Tekan tepi pastri dengan garpu (tekan kuat sikit..takut terbuka nanti) dan gunakan gunting potong atas pastri tadi.  Lenser loyang/dulang pembakar dengan  sedikit mentega.
4.  Sapukan kuning telur dan setelah siap boleh di bakar dalam masa 20-30 minit atau sehingga pastri kekuningan (bergantung kepada oven masing-masing-akak gunakan api atas bawah).
5.  Memang sedap di buat untuk minum petang atau pun sarapan pagi.


7 thoughts on “Puff Inti Kentang

  1. salam ppb_ppkp..ala cubalah dulu..jangan mengalah..mana tahu satu hari nanti..kamu lagi hebat dari akak..salam kak chik..klu nak mkn seorg baik beli aje..tak berbaloi buat..tapi kat rumah kak chik kan ramai budak-budak..tentu mereka gembira bila kak chik buat nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s