Nasi Hujan Panas

 sebelum tu nak berpantunlah dulu..tapi pantun hentam ajelah…

apalah nak jadi 3x
harga minyak naiklah lagi
kalau cam tu takyahlah bercuti
duduk kat rumah makan ajelah roti
 imran dah suami akak panggil nasi ni nasi pelangilah pulak….

Memang tak pernah lagi masak nasi hujan panas ni…bila jenguk rumah ummi di kuantan tu tertariklah pulak nak buat…yang kelakarnya bila nasi dah kering akak letaklah pewarna..tapi warna biru terlebihlah pulak..ha kau…langsung warna biru yang terlebih..feedback dari anak-anak….mak sedaplah nasi ni.…lain kali lehlah buat lagi…resepi asal dari myresepi  tapi akak c & p dari umah ummi aje..

Bahan:-

4 cawan beras basmathi – cuci dan rendam 10 minit.-akak gunakan beras wangi aje..malas nak cari
5 cawan air
2 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau dan kuning-akak gunakan warna kuning, biru dan oren

Bahan Tumis:

1/2 inci halia – hiris halus
2 ulas bawang putih – mayang
1/2 biji bawang besar – mayang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan Hias:-
 
Bawang goreng
Kismis-tak letak sebab for sure di susun keliling pinggan (psl anak-anak tak suka)

yang ni ira punya..nak bawak balik asrama

Cara Memasak:

Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.

2 thoughts on “Nasi Hujan Panas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s