SOFT CRUST PIZZA

Semalam buka puasa makan pizza…anak-anak yang minta nak makan…sementara si ira belum kena berkurung balik dalam asrama sekolah…akak buatlah jugak…lagipun si ira boleh tolong hiris segala isi topping pizza ni..akak memang suka gunakan doh ni sebab ada letak macam-macam..nak makan untuk keluarga baik buat yang sedapkan…resepi ni akak ambil dari rumah chef ah mat gebu...dulu dah pernah buat dah ikut resepi ni……tu sebab boleh buat lagi…lepas makan ni ..mereka semua tak sentuh nasi pun..

BAHAN-BAHAN
  • 250 g tepung roti (high protein flour) – akak buat 2 kali ganda
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula  
  • 1 camca teh yis (instant yeast)  
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus  
  • 1 camca teh oregano kering

    CARA-CARA

    1. Ayak tepung dalam satu bekas.
    2. Satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih.
    3. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung.

    4. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.

    5. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

    6. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega.

    7. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

    KAEDAH LAIN: Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

    Sos pizza ni akak kena masak..akak pernah letak sos tomato dan sos cili aje atas doh pizza tu..tapi si imran tak tahan..sakit perut..sejak tu kenalah masak dulu sos ni..sebenarnya cara masak sos ni sama macam masak sos spagetti.

    BAHAN-BAHAN

    • 250gm daging  yang telah dikisar
    • 1 biji tomato (kisar halus)
    • 1 biji bawang besar (potong dadu)
    • 2 biji bawang putih-(potong dadu)
    • 5 sudu makan sos tomato
    • 2 sudu makan pes tomato
    • 1 /2 sudu teh mixed herb
    • 1/2  sudu teh pizza herb
    • 1/2  sudu teh paprika
    • garam secukup rasa
    • sedikit minyak zaiton


    CARA-CARA
     
    1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
    2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga ayam.
    3. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
    3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, pizza herb dan garam.
    4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api. Sejukkan.

    TOPPING
    • sedikit minyak zaiton
    • cili benggala-dihiris memanjang
    • cendawan butang-dihiris nipis
    • hotdog ayam ramly-dihiris serong
    • kepingan black olive-ni masz yang duduk di bahrain bagi
    • slice cheese-disiat-siat
    • sedikit serbuk lada hitam-aji shio
    • mozarella cheese secukupnya
    • sos cili campur mayonis-di tuang lepas pizza dikeluarkan dari oven.

    CARA-CARA

    1. Keluarkan doh dan uli sekali lagi. Tumbuk doh untuk buang angin.
    2. Canaikan doh dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. Gulung tepi doh ke dalam.
    3. Biarkan 10 minit . Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.

    4. Ratakan sos daging dan letak  hotdog ayam.  
    5. Letak pula  cili benggala, black olive dan cendawan butang.
    6 Taburkan  mozarella cheese dan slice cheese yang telah disiat.

    7. Bakar dalam oven 200C dan bakar selama 20-30 minit bergantung kepada oven masing-masing.Jika nak tuang sos cili yang telah di campur dengan mayonis ,,,lepas masak boleh jugak.

    9 thoughts on “SOFT CRUST PIZZA

    1. salam alimaz…kesianlah dia terliur…cubalah buat sendiri..best tau…salam ashley…nanti akak jenguk rumah kamu..nak tenguk udah siap atau belum pizza kamu tu…salam mknace…klu nampak sedap lehlah cuba buat sendiri ye..

    2. salam aishah..ooo cik abg dah blk jepun dah ye…tentu tak best tinggal dengan anak lelaki aje kan..apa nak buat…akak sehat walafiat skrg ni…betul tu…klu nak makan pizza biar semua ada kat rumah …baru best..klu tinggal se orang baik tak payah..salam ima…cubalah buat…tak rugi tak klu dah jadi..

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s