Ayam Goreng Berempah Serai

Bila tenguk blog member-member yang rajin masak bagi feedback kata ayam goreng berempah serai di http://love2cook-msia.blogspot.com/ni best giler..akak pun terjangkitlah jugak nak buat..terima kasih ye love (tak tahu nama sebenar) kerna bagi resepi yang sedap…minta halal akak c & p ajelah ye…

Bahan2 yang diperlukan :-

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan di potong sederhana)

Bahan dikisar bersama;

  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai

—————————-

  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintanputih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye (akak tak letak aji)
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng


Cara2 memasaknye :-

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s