Asam Pedas Tetel Ah Mat Gebu



Dulu pernah buat asam pedas tetel ikut resepi sendiri…tapi tekak ni nak rasalah pulak orang lain punya….dah lama mengidam nak buat asam pedas tetel bujang fofolur satu malaysia chef ah mat gebu ni….memanglah dah tua-tua ni tak boleh sangat makan daging berlemak ni…tapi sebulan sekali okey kot..jom tenguk resepi dari ah mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA🙂

  • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)-akak rebus kejap-akak campur daging sedikit
  • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 camca besar lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnyaAkak tambah :-serai, tomato dan bendi

CARA MEMBUATNYA🙂

  1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
  3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2…Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..

6 thoughts on “Asam Pedas Tetel Ah Mat Gebu

  1. tak penah mkn asam pedas daging/tetel ni laa. satu hari kang nak terai buat laa kak. sib baik tgk mlm2, dah kenyang. kalo siang mesti kecur air lioq hehe.

  2. salam ain..klu makan seorg msk sikit ajelah..klu nak ikut tekak anak-anak aje lecehlah mcm tu…sekali-sekali layan tekak sendiri lah kan…salam linn…cuba jangan tak cuba…sedap…salam fad ariffin…baguslah camtu..bagi semangat mak-mak dara rajin memasak.

  3. salam nekPP…amboi peminat daging tetel ye…ni boleh kawan dengan ah mat gebu ni..kamu muda lagi bolehlah masak selalu..akak ni dah tua sikit..kenalah berhati-hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s