Kerabu Mangga Lagi

Ingat tak buah mangga 3 biji yang akak ambil rumah sepupu suami kat bandar tasik putri rawant tu…ada lagi dalam peti sejuk…takut rosak akak buatlah kerabu mangga…macam biasa semua tak sentuh…terkulat-kulatlah akak kena habiskan seorang..makan dengan nasi..pastu akak ratah aje lepas balik dari sembahyang terawih.

Bahan-bahan

  • 1 biji mangga muda-hiris (nak parut pun buleh)
  • 1/2 labu bawang besar-dimayang halus
  • 1 biji lada merah-potong serong
  • 4 biji cili padi-mayang
  • 1 sudu besar udang kering-akak sangai dulu
  • 1 sudu besar kacang tanah goreng-tumbuk kasar
  • 1 batang serai-mayang halus
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 – 2 1/2 sudu makan jus limau kasturi
  • sedikit gula kabung/gula nisan-hiris kecil-kecil
  • gula secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan jus limau nipis/kasturi, gula, gula nisan/gula kabung dan kacau sehingga gula hancur dan sebati.
  2. Kemudian satukan bahan-bahan yang g lain didalam mangkuk.
  3. Rasalah cukup masam dan manis (bulan puasa sebelum hidang bolehlah rasa sikit dulu)
  4. Curahkan jus tadi, kacau rata dan tabur kacang tanah tadi.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk.

post signature

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s