Menu Simple Aje

Sekali-sekali masak cara macam ni pun sedap..tukar seleralah pulak…dah pernah tepek resepi..akak tepek lagi sekali ye..

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 2 biji kentang di potong memanjang
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 1/4 camca teh jus asam jawa.
  • 1 biji bawang besar – 1/2 di tumbuk – 1/2 di hiris
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • sedikit belacan
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-cara

1. Tumbuk sedikit ikan bilis bersama 1/2 biji bawang besar, bawang kecil dan bawang putih bersama belacan. Jangan lumat sangat.
2. Goreng ubi kentang dan toskan..selepas itu goreng pula ikan bilis.
3. Tumis bawang merah yang di hiris sampai garing..baru masukkan bawang yang telah di tumbuk tadi.
4. Setelah itu masukkan pula cili kisar..masukkan sedikit garam dan perlahankan api dan biarkan cili naik minyak.
5. Masukkan garam dan jus asam jawa dan biarkan cili masak sampai kering sedikit.
6. Masukkan pula ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng.
7. Biarkan kering dengan api yang perlahan…kacau selalu…kalau tidak hangus pulak nanti.
8. Sebelum di angkat, rasa dulu dan setelah agak kering barulah dipadamkan api.
9. Hidangkan bersama nasi panas.

Buat pulak sup cendawan suhun dan udang..

Goreng ikan sungai beli kat pasar pagi greenwood….orang yang jual tu dari perak…goreng garing-garing..

15 thoughts on “Menu Simple Aje

  1. akak…saya selalu juga singgah rumah akak nih.. maklumla sini byk homemade resepi! cuma tak tinggal komen je..sekarang ni, kena selalu jenguk nih! nak cari resepi buka pose! hehhehe… harap di ijinkan yek! tq

  2. akak…sedapnya ikan bilis masak kentang tu.ada masa nanti eedany cuba k.mesti emak eedany bangga, sekali-sekala eedany masak hehe…p/s : sekejap2 eedany masuk ajer blog akak ni. nak tengok2 resepi. TQ for sharing akak…🙂

  3. salam ramadhan al mubarak kak inamasak sambal berlada yang macam mana yang iaju ker yang merah kalau yang merah tuh blender kasar jer. blender banyak air pastu tapis buang air jer.

  4. salam azita..yelah tu..klu bekas lawa aje mesti lauk sedap…mungkin betul jugak kot…salam isha..alahai isha..lauk camna pun kamu kata sedap..lauk org kg ajelah..salam kella…ambil ajelah resepi tu..kan kita nak share resepi..

  5. salam ashley..kamu cubalah buat dulu..kalau jadi bagilah feedback..salam eedany..ala resepi simple..nanti dah buat bagitau ye..salam ain..sekali-sekali masak simple udahlah..salam sya..ina pun kalau buntu nak masak msk aje blog member cyber..insyallah dapatlah idea nanti.

  6. salam boboz..jauhlah nak bagi kamu..cubalah buat sendiri ye..salam dd..oh mcm tu ye…tq bagi reply..salam perkenalan hafiz..kdg-kdg msk camni lagi bertambah makan kan..salam ijan..bukan senang nak cari ikan sungai yang fresh..org yang jual tu bukan selalu ada..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s