Lemon Rosemary Grilled Chicken Again(tapi akak tambah madu)

Bila tanya anak-anak…nak makan apa berbuka nanti…semua sebut nak lauk ayam…akak pergilah ke pasar borong selayang..mak datuk ramainya orang kat pasar ni…jalan jem…Dah pernah dah buat ayam ni tapi russhdi dan ira tak rasa lagi. Buatlah lagi resepi dari blog diana yang marvelous ni…
.
Bahan-bahannya

  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kentang, dipotong dadu )
  • karot, dipotong ikut suka ) tak buat kali ni…sebab anak-anak tak suka
  • bawang, dipotong baji )

Akak tambah : 3 sudu besar madu

Nilah rosemary…kalau dapat yang fresh lagi sedap bau dia..

Cara-caranya

1. Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
2. Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
3. Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, madu, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.

Ayam tu akak kelar-kelar dulu baru akak lumurkan dengan bahan-bahan dan akak balut dengan cling plastik pastu peraplah dalam 4 – 5 jam dalam peti sejuk…nak bakar buanglah plastik tu…

5. Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
6. Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.

Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

Nak makan macam ni pun boleh..sebab bubuh madu kot…ayam ni nampak berkilat…

Nak tuang sos pun boleh…dah tambah madu bolehlah panggil Rosmary Lemon Grilled Honey Chicken..lantaklah betul ke salah..jadi sedap…

Haslina Harun

11 thoughts on “Lemon Rosemary Grilled Chicken Again(tapi akak tambah madu)

  1. Sabauu jee tau tgk ayam kak ina nihh..boleh termimpi2…ishh, nanti saya cuba yea kak….tunggu ayam sampai dulu….mencabai ke iman nan ku sungguh laahhhh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s