Ayam Goreng Lemon Mamak Style

Tenguk resepi ayam ni kat rumah ain yang kat johor…ada jugak member blog yang mencuba buat ayam goreng stail mamak ni..resepi asal dari rumah jun yummylicious…kena makan panas-panas..sedaplah..ada rasa masin dan masam..cubalah buat untuk berbuka hari ni…akak c & p dari umah ain saje..

Bahan-bahan

  • 1) 2 inci halia
  • 2) 6 ulas bawang putih
  • 3) 2 sk serbuk jintan putih, 2 sk serbuk jintan manis, 2 sk serbuk ketumbar
  • 4) 2 sk serbuk cili kering brand baba’s , 2 sk serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam( atau nak guna kan kedua – dua serbuk lada sulah dan lada hitam pun boleh. sukatannya – 2sk serbuk lada sulah dan 2 sk serbuk lada hitam ) saya selalu guna ketiga – ti
  • 5) 2 sb serbuk kari ayam- brand babas
  • 6) 1 biji lemon
  • 7) 4 sb tairu (yogurt – yg plain tu)
  • 8) 3 helai daun kari
  • 9) 1/2 biji bawang besar – dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya utk menggorang
  • 10) 8 ketul ayam atau ikutlah nak banyak mana

Cara-cara

  1. 1. blendkan bawang putih dan halia.
  2. 2. gaulkan kesemua bahan – bahan pada ayam termasuk bawang putih dan halia yg diblend tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup. saya selalu tak perap. lepas gaul terus goreng pun still terasa sedapnya.
  3. 3. goreng sampai masak. siap. p/s **semasa menggoreng, anda akan dapat kerak – kerak yang tertanggal dari ayam tu. kerak tu sedap sangat dimakan bersama nasi dan kuah kari ayam atau ikan. kalu nak tau, kalu anda selalu makan kat kedai mamak dan ada salah satu hidangan tu ada macam kerak – kerak tepung yang rasanya ala – ala pedas, masam dan masin seenak rasa tu..ha ni la bendanya. selamat mencuba!
Kena perap lama lagi sedap…akak perap dari pagi..petang baru goreng…

post signature

2 thoughts on “Ayam Goreng Lemon Mamak Style

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s