Sotong Goreng Tepung

Kalau goreng sotong akak memang suker pakai resepi ni…adik ipar yang pernah kerja kat restoren bagi tau akak resepi ni…dah cuba pakai adunan cair tu…tapi tak berapa bestlah…memang jadi kesukaan anak-anak…dulu pernah tepek resepi…tapi tengah tak ada kerja ni…tepeklah lagi sekali…

Bahan-bahan

  • 500gm sotong
  • 1 cawan tepung gandung
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur di pukul
  • minyak untuk menggoreng
  • 1 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-caranya

1. Sotong di potong kecil, basuh, perap dengan jus limau kasturi sebentar.
2. Bilas dan toskan.
3. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada hitam/lada sulah, dan garam.
4. Panaskan minyak seeloknya biar minyak banyak.
5. Celup sotong dengan telur yang telah di pukul, salut dengan campuran tepung dan
gorenglah sehingga kekuningan..jangan biarkan lama sangat..nanti overcooked.
6. Angkat dan toskan dan hidangkan bersama sos cili.
7. Sedap di makan panas-panas.

One thought on “Sotong Goreng Tepung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s