Bihun Sup

Dah selalu buat bihun/mee sup ni…kadang-kadang guna ayam..kadang guna daging…ikut suka…apa yang ada dalam peti ais tu akak letak…akak suka buat untuk sarapan pagi terutama hari sabtu ataupun ahad…resepi ni resepi ulangan..dah pernah letak resepi..tapi akak letak balik ye..

Bahan-bahan

  • 200gm ayam
  • 10-15 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong-potong kecil
  • 1 kiub ayam maggi
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci halia, diketuk
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 4 biji bawang kecil-dihiris halus
  • 4 biji telur
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sedikit kicap
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 10 biji fish ball
  • 2 keping fish cake-dihiris tipis
  • 1 sudu makan tepung jagung di campur dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • sawi
  • kobis
  • 1 biji tomato-dibelah 4

Bahan sampingan

  • Bihun – rendam dulu dengan air suam
  • Hirisan daun bawang/daun sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan potong kecil.
2. Kopek udang dan cuci bersih lalu di tos.
3. Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam.
4. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah yang telah dihiris dan di lumur dengan sedikit garam sehingga garing. Toskan.
5. Dengan menggunakan minyak yang sama…tumis bawang putih, halia dan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sehingga berbau wangi dengan api yang sederhana.
6. Masukkan ayam dan kacau sebentar. Masukkan air secukupnya.
7. Masukkan kiub ayam, garam, sos tiram,lada sulah dan kicap sedikit.
9. Masukkan udang, sotong, fish ball, fish cake, sawi, kobis dan cendawan.
10. Bila mendidih, perlahankan api, pecah kan telur satu persatu ke dalam kuah sup tadi. Biar telur masak dengan api kecil sehingga masak. Rasa dulu garam baru di tuangkan campuran tepung jagung dan baru padamkan api.
11. Ambil bihun yang telah di rendam, tuangkan kuah sup dan taburkan dengan daun sup/daun bawang bersama bawang goreng. Bubuh cili merah yang di hiris tadi.
12. Boleh di hidang panas-panas.


post signature

6 thoughts on “Bihun Sup

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s