Abah dah balik tapi ?????

Saje ambik gambar masa hujan lebat bersama angin kuat kat ijn hari isnin….nak balik dalam kul 6.00 petang..tak boleh tunggu …anak kak long yang kecik kat rumah…ashik telipon aje takut duduk kat rumah…pasal masa tu petir berdentam dentum…..tu sebab kena redah jugak ….lagipun bila hujan berhenti..orang lagi ramai keluar……takut jalan jem….

Kami berdua redah aje ke tempat parking…basah kuyup di buatnya bila sampai kat kereta..tak apalah …kuyup pun kuyuplah….pasal nak balik rumah…tapi mengigil jugak di buatnya..lepas hantar kak long kat rumah dia…sampai rumah terus mandi dan telan panadol..takut demam..

Suker tenguk gambar kat ijn ni…oh ya…melalutlah pulak….abah akak dah balik petang semalam…dalam pukul 3.30 petang sampailah rumah…

Lawa sungguh lukisan ni…kreatif sungguh pelukis dia..

Bila tenguk bill..lega rasa hati…sebenarnya doc dah cuba tembak gunakan apa ke benda..tak tahu nak cakaplah…tembak dari kaki…tapi tak boleh buat cara tu …tak boleh masuk…mungkin sebab umur abah dah banyak…payahlah sikit…bukan abah seorang aje…tapi ada apek tua tu sama macam abah…….jadi doc terpaksalah operate nanti…walaupun tak boleh buat tapi kena jugak charge banyak ni…

Boleh langsaikan guna duit epf akak….tak yah guna epf kak long…nanti bila nak operate bulan Januari 2010…kena siapkan duit dalam RM40,000..pasal kena duduk dalam icu 1 hari..pastu duduk wad biasa seminggu…dah pakat-pakat dengan adik beradik….buat rayuan dulu pastu keluarkan lagi duit epf masing-masing…

Moral dari cerita akak….sayangilah jantung anda…hargailah ia dan sekarang ni kena jaga pemakanan macam akak ni…yang badan besor….takutnya…..
kat wad abah tu…banyak tau orang muda kena sakit jantung….ada yang kena jantung berlubang….kena masuk bateri dalam jantung..dan macam-macam lagilah…

9 thoughts on “Abah dah balik tapi ?????

  1. kak ina…Mahal sungguh kos perubatan ni. Kak Ina tu kena jaga kesihatan juga…kang ada 'org lain' pulak join tepi katil apek kat IJN tu…norma gurau sikit nak hibur hati kak ina ye!

  2. salam nj…bagus jugak joke kamu ni..tergelak akak..eh ..eh..mana boleh akak join apek…akak join nyonyalah..wad lelaki dan perempuan kan asing-asing..salam ain..betullah tu…dgr kos dia tu menakutkan sungguhlah…

  3. salam ct delima…apa nak buat…kalau orang miskin agaknya terlantarlah kot…tapi boleh buat rayuanlah..salam amy..kalau diikutkan abah tak nak buat..tapi kami cuma berikhtiar aje..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s