Mee Goreng Basah Sempoi


Buat mee goreng sempoi dan campak-campak ni hari jumaat malam yang lepas…badan dah penat nak masak…suami pun belum balik lagi dari kampung….yang nak makan pun cuma akak dan russhdi…firdaus dan imran dah makan kat rumah mak long dia….imran tak nak balik lepas akak hantar kakak balik rumah dia…dia nak main play station…kat rumah ni dah rosak…

Bahan-bahan

  • 1 paket mee
  • 100-200gm daging lembut-jadi tak yah rebus-dihiris nipis
  • 4 biji bawang putih-ditumbuk/ketuk
  • 1 biji bawang besar-dihiris panjang
  • sedikit lada hitam-di tumbuk kasar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 -1 cawan air-bergantung kepada mee
  • sebiji telur
  • sedikit garam
  • 1/2 kiub kiub ayam
  • sedikit sayur kobis/sawi-patutnya ada taugeh..rumah ni kalau bubuh taugeh habis semua kutip letak tepi..jadi tak yahlah letak..
  • 1 biji cili merah di hiris serong-untuk hiasan
  • daun sup/daun bawang-akak tak letak sebab tak ada stok
  • sedikit bawang goreng-pun tak letak-malas nak buat..

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan sedikit minyak.
  2. Setelah berbau wangi dan perang masukkan pula daging yang telah di hiris tadi.
  3. Perlahankan api dan masukkan sedikit air berserta semua sos, lada hitam, garam, kiub ayam dan kicap pekat.
  4. Biarkan sekejap sehingga daging empuk baru dimasukkan mee. Kacau sebati.
  5. Masukkan pulak sayur kobis dan kacau lagi..jika air kering masukkan air lagi
  6. Rasalah garam cukup atau pun idak. Jika tawar tambahlah lagi ye..
  7. Masukkan telur dan kacau sebentar lalu di tutup api.
  8. Hiaskan dengan hirisan cili merah, bawang goreng dan daun sup/daun bawang.

8 thoughts on “Mee Goreng Basah Sempoi

  1. salam watie…meriah ke??sama mcm kamu masak ajelah..salam fizan…ala kamu tu bukannya gemuk pun…salam mummy2 haqq..tak kisahlah nak cilok ke idak….resepi tu untuk kita kongsi bersama..kalau tak nak bagi orang ambik resepi..baik jangan tepek kat blog..betuk tak?

  2. salam nj..lagi best kat sana dpt makan daging kambing hari-hari..ada orang kata kat sana daging kambing murah…alahai mesti sedapkan daging kambing fresh..kat sini mahal gilerlah daging kambing.salam rara..simple aje tapi okeylah bagi akak..salam mastura daud..alahai kesiannya orang kat negara orang ni..sabar ajelah..tapi rasanya ada jugak member cyber yg duk merantau pernah mee sendiri…tapi kena ada mesin dialah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s