Kesian Kak Long Akak

Kesian kakak long akak….orang sibuk kena penyakit H1N1 …suami dia kena pulak demam denggi…

Pukul 9.00 malam akak tengah lipat kain…dah 2 hari simpan kain dalam bakul….tiba-tiba ada panggilan talipon…

Ngah…abang mislan kena denggi…dr kat klinik idzham suruh gi ke hospital selayang..masuk wad…dia tak leh bawak kereta..tolonglah hantar ye…

Yelah…nanti ngah siap…..turunlah bawah ….(rumah dia apartment kat gombak)

Kebetulan suami akak memang tak ada dia balik kampung…… bawak ayah dia buang katarak kat hospital muar…firdaus tak ada…dia keluar repair komputer….

Angkut imran gi rumah dia….tinggalkan dengan anak dara dan 2 orang anak kecik dia…

Mula-mula kena gi ke klinik idzham nak ambil surat yang suruh dia masuk ke hospital selayang…
Lepas bincang…akak suruh aje gi ke hospital ampang putri…tu kan panel office dia…rugilah kalau tak masuk ke hospital ni…

Ya Allah….ramainya umat manusia kat wad kecemasan di hospital ampang putri tu ….sampai kena sediakan khemah…macam daruratlah pulak…ramai sungguh orang yang sakit….baby pun ramai jugak…kalau tenguk dah macam hospital kerajaanlah pulak..kena tunggu berjam-jam…kesian tenguk baby tu kena tunggu lama…riuh rendahlah kat wad kecemasan tu…

Sekarang saje kena sakit tekak, selsema dan batuk semua serbu ke hospital…ada member yang kerja kat klinik pun kata ….banyak betul pesakit sekarang ni.

Oleh sebab pesakit ramai…kami yang sampai kul 10.00 malam kena tunggu sampai pukul 1.00 lebih (pagi) barulah abang ipar akak di masukkan ke wad pemerhatian…selepas di ambil darah..memang sah kena demam denggi…terus di masukkan ke wad….

Selepas settle semuanya akak dan kak long pulang ke rumah dia dalam pukul 2.00 pagi…cakap dengan dia…

along…takutlah nak balik rumah …kat kampung padang balang tu orang kata kalau jam macam ni ada hantu…tu orang katalah…suami angah yang balik main bowling jam tu …tak pernah pulak jumpa hantu..lagipun bukan ada orang kat rumah..cuma firdaus aje yang ada.

kalau macam tu…jomlah tidur kat rumah along….

agaknya orang mesti hairan apa hal 2 orang makcik ni balik pukul 2.00 pagi..agaknya dia orang ingat kita baru balik dari kelab dangdut kot…(saje mulut tu nak membebel)

kak long akak gelak aje..

sampai kat rumah dia dah kul 2.30 pagi…imran dan anak-anak dia dah tidur…

Dalam pukul 4.00 pagi mak call…

tanya kenapa angah tak balik rumah…teruk sangat ke mislan?

Kakak kata…

angah tidur kat rumah alonglah mak…..dia takut nak balik rumah …

Barulah senang hati mak akak…silap akak jugak….. kenapalah tak bagi tau dia…mungkin pasal akak dah penat kot…

Pagi Jumaat suruh Firdaus hantar baju sekolah imran kat rumah kakak dan terus hantar imran ke sekolah.

Kakak nak gi tenguk suami dia tengahari tu…dan jugak nak ambil barang anak dara dia di uia…ingatkan balik rumah nak tidur…tapi tak leh lah pulak…basuh baju…sidai kain….sapu….lepak kat depan pc (kalau tak lepak tak leh kan) ..tup..tup dah nak dekat pukul 11.30 pagi..kelam kabut siap nak ambil kak long kat rumah dia…

tulah pasal…kalau tak pandai bawak kereta…memang kena harapkan saudara..nasib baiklah adik dia ni duduk dekat (akaklah tu)

Lepas ambil imran dalam kul 12.00 tengahari…terus ke uia….pastu hantar imran ke rumah kak long….tak guna bawak budak-budak kat hospital tu…tak leh masuk dah….orang mengandung pun dah tak leh masuk ke wad….dia orang kunci pintu nak masuk ke wad..nak masuk kena tekan loceng…

Beli face mask ni macam cari gula jugaklah…susah bebeno…nilah harga yang paling murah…tu pun puas firdaus cari kat farmasi….kebanyakkan farmasi dah habis stok…yang buat akak geram tu…si imran gi jual kat cikgu dia…cikgu dia nak beli…dia jual RM0.20 sen…akak warning dia…jangan jual lagi…suruh cikgu dia beli sendiri…nak pakai untuk family kita..buat apa jual…

Langkah berjaga-jaga….boleh di katakan sape yang melawat kat hospital ampang putri pakai face mask ni….ha..ha…tak ada orang nak tangkap..gi kat bilik air hospital…tangkaplah sendiri..

Orang kata kalau nak cepat baik minum air hundred plus….sebelum tu kak long dah masakkan sup ketam…member office dia datang pun bawak 2 botol hundred plus..

Masa nak balik singgah kat jj kecik kat petronas….nak beli barang dapur sikit…nampak tempat gula…terus angkut…dia suruh beli 2 aje….akak beli pastu bayar…kemudian keluar bagi kak long akak … masuk balik…ambil lagi 2 kg dan bayar kat cashier yang lain..pandai tak akak ni..

Lepas hantar kak long balik….akak dah tak larat dah….balik rumah terus pengsan…

14 thoughts on “Kesian Kak Long Akak

  1. salam kak ina..mudah-mudahan cepat sembuhnye somi along kak ina tu ye…cikmin pun x brani nak kuar rumah sgt..bekalan mask susah beno dah nak dpt kt sini…

  2. salam kak ina…saya doakan suami kak long akak tu cepat sembuh..tapi mmg betul kan, kalau demam denggi bagi makan ketam…apa2 pun akak pun kenalah jaga juga diri, sebab selalu keluar dgn tugasan….

  3. Kak Ina,dulu saya dok kat kampung padang balang laa..mengandungkan anak sulung sampai le bersalin..kat setahun juga la..tak pernah pula jumpa hantu..he he he..tapi jalan masuk sana tu sempit semput…..dulu dulu laaaa..18 tahun yang lalu.sekarang ni tak tau laaaa..smileeee..semoga abang ipar kak Ina sihat kembali, insyaAllah.

  4. salam kak ina.. harap2 cepat lah sembuh ya your BIL tu.. hospital memana mmg penuh.. yg kosong Prince Court je.. sapa2 opis yg ambil prince court jadi panel hospital pegi lah bila sakit.. berbaloi.. service cam kat hotel.. hehehehebtw, family mentua kakak org muar ke? sama lah kita.. sekampung nampaknya.. hehehehe

  5. salam kak ina..semoga semuanya selamat..mahal juga face mask tu..saya dah siap beli awal2 lagi, kebetulan rakan guru tu husband dia supplier, dpt murah…ala kenapa anak akak jual lak mask tu, dah tu jual murah pulak, kat farmasi rm1 satu tu…

  6. salam kak ina…semoga abang ipar kak ina cepat sembuh…yelah kak,kat sini pun tak de gula…nasib baiklah saya ni tak guna banyak gula…dalam sebulan lebih kurang 1kg je…

  7. Salam kak ina..seharian hari ni balik Temerloh ziarah ex-neighbour meninggal..maghrib td bru smpai..Ummi doakan moga asben kaklong akak segera sembuh..bahaya eh demam tu..takut tul, kira pembunuh senyap gak tu..Moga xda apa2 lah hendaknya…take care k.ina..muaahhh

  8. salam katak_78..kat kay ell taklah teruk kot.. tapi bila kena demam sikit semua serbu hospital..tak kira hospital kerajaan ataupun swasta..nak jumpa doc pun kena tunggu berjam-jam…letih di buatnya..salam cik min..tq dia atas doa dari kamu..orang mengandung janganlah keluar rumah sangat..senang terjangkit.salam mat gebu…terima diatas doa kamu tu..org kata mcm tu lah…kita cuma berikhtar tapi allah swt yang menentukannya.

  9. salam ashley..hem..fofular jugak ek kg padang balang..ramai yang pernah tinggal di sini..org kata nampak pernah nampak …akak memang penakut bab-bab macam ni..jalan masih mcm tu jugak..org kat kedekut tanah tau..tq di atas doa kamu..salam fitty's…prince court tu baru lagi kan…tak tahulah dah jadi panel hospital hb ke belum?kalau dah bolehlah mencuba…mungkin harga dia pun menjunam naik mcm roket kot..tulah org tak berani nak gi situ..se kampunglah kamu dgn aruah mil dan fil…aruah mil org sg mati dan fil pulak kat parit jamil..muar kat mana ye???

  10. salam azah..untunglah kamu mcm tu..dpt yang murah…ala budak-budak ni kan dengar cakap cikgu dia..susahlah nak kata si imran ni..sayang sangat dengan cikgu dia tu..salam ima..tq kerana mendoakan beliau..kalau nak diikutkan kat rumah ni pun tak banyak pakai gula..tapi buat air sirap imran ..akak buat sendiri..jadi kenalah jugak ada 2 kg gula kat rumah ni…lepas tu nak baking pun kena pakai gula jugak..

  11. salam pija..kes denggi tak selesai selesai sekarang ni sibuk dengan H1N1..kesian jururawat dan doc kan…salam ummi..balik kg jugak ek..nasib baik dekat kan…boleh cepat balik..semua penyakit bahayalah sekarang ni..kita kena berhati-hati kan…ummi pun jaga diri dan keluarga ye…

  12. Kak..sama la ngan adik ai yg kembar tu. Org tgh sibok H1N1, dowang sibok ngan demam denggi lak.. Moga Abg ipar akak tu cepat2 sembuh. Jgn lelama dok kt spital tu tau. Mask tu ai carik pon payah nk jumpa. LAst2 pegi jusco beli kt sana. Mahal giler! sekeping $1!! Dah le stok lama punye…haih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s