Ikan Bakar Berempah

Resepi asal dari Myresepi.Com. tapi akak ambil dari rumah Ummi di Kuantan...ummi ambil dari rumah Jun..dah banyaklah jugak yang cuba resepi ni….akak bakar atas dapur …. gunakan kuali leper pastu tutup dangan tudung kuali. Malas nak bakar dalam oven…cara ni cepat sikit kalau nak di bandingkan guna bakar dalam oven..lagi pun boleh jimat elektrik. Enak di makan panas-panas…

Bahan:-

  • 1/2 ekor ikan (akak guna 1 ekor siakap di potong mengepak)
  • 3 biji bawang merah – tumbuk
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh cili boh
  • 1 sudu teh serbuk kunyit (akak guna kunyit hidup)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kari ikan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 – 2 helai daun limau purut – hiris-akak tukar ke daun kunyit
    2 sudu besar minyak masak-akak guna minyak zaitun
  • 1 sudu besar madu

Cara Memasak:-

Ikan dikelar dan perapkan dengan semua bahan. (Akak suka perahkan jus limau kasturi untuk hilangkan bau..pastu baru di bilas dan di toskan).(Akak perap 1 jam).
Balut dengan daun pisang/foil. Akak gunakan daun kunyit.
Bakar hingga masak.

Ni yang buat bau ikan ni harum semerbak….

Tutup dengan aluminium foil dan bakarlah ye….suka hati nak bakar pakai oven atau guna pan leper aje…dalam kuali pun boleh…tapi kena tutuplah supaya cepat masak dan balikkan tau…

3 thoughts on “Ikan Bakar Berempah

  1. salam kenal dan salam singgah… lompat dari blog Kak PNut. Suka blog Kak Ina. Penuh informasi esp tang kat dapur nih. Tengok gambar makanan perghh! jadi lapar! Jemput singgah blog saya.

  2. salam ima…memang best..akak makan dengan hb akak pun boleh habis seekor ikan siakap tu…salan Fad..selamat datang ke blog akak ni..tq jugak sebab suka tgk resepi..akak dah gi pun blog kamu..menarik jugak ek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s