SEMALAM BERSAMA NUFFNANG/OGAWA

Balik dari jumpa member blog anjuran nuffnang malam khamis lepas…akak segeralah bukak blog member-member yang baru kenal…kalau macam pencinta merah dan P-nut tu akak adalah jugak bukak sekali-sekali…

Ada 2-3 orang blogger lelaki akak tak pernah bukak..tapi mereka ni hebat-hebat belaka..akak kenalah berguru dengan adik-adik ni…muda lagi …tapi banyak cerita ceriti yang panaz-panaz belaka.
Tengah best baca..tiba-tiba line internet tak leh bukak…..sampailah malam tadi…punyalah bengang akak di buatnya….meroyan tau…

Okeylah bacalah cerita-ceriti malam khamis….bersama Nuffnang dan Ogawa’s…

Hari Selasa pagi…

Hello…saya May Chong dari Nuffnang…nak jemput datang ke TGIF Restaurant di di Pavillion..
Nuffnang bersama Ogawa’s event…..
Pukul berapa?
7.30 malam… Okeylah ….. tapi saya nak bawak anak saya boleh tak? Pasal saya tak berani drive malam-malam. Nanti satu check ada tempat ataupun tidak? Nanti saya call balik..

Tak lama May call balik….

Okey…boleh bawak anak kamu…berapa umur dia …
20 tahun…
Nanti jumpa di sana ye….
Okey..See You…(chewah…speakinglah pulak)

Keluar rumah pukul 6.00 petang…walaupun dekat dengan rumah tapi tau ajelah kay ell ni…time orang balik kerja..jalan sana sini jem giler…nasib baiklah anak akak ni bawak gps…walaupun jalan nak ke pavillion tu jem…alhamdulliah selamat sampai kul 7.00 malam.

Nasib baiklah akak tengah ehmmm….ehmmm…tak payahlah bersusah payah nak cari surau…lepak sementara tunggu pukul 7.30 malam di ruang legar..baguslah pavillion ni..banyak tempak lepak..tak macam tempat shopping yang lain.

Pendaftaran…lawalah awek ni….anak akak suka tenguk muka dia….


Tenguk kat batch tu … I love Nuffnang…dulu tak tahu apa ke benda nuffnang ni…hairan jugak ..masa tak ada blog…akak rajin gi jejalan ke blog orang lain…tenguk ada iklan…apa ke hal lah dalam blog mereka ni ada iklan…rupernya…kalau daftar dengan nuffnang ni…korang boleh buat duit tau…

Mula-mula daftar..memanglah dapat seciput aje….se bulan dapatlah RM2.00….lama kelamaan kalau kita rajin update dan kalaulah member-member yang datang ke blog akak rajin klik iklan tu bertambahlah income akak….sedikit … sedikit lelama jadi bukit…

Terima kasihlah sebab sudi mengklik….dan bagi yang belum ada nuffnang tu…gilah daftar dengan segera….

Ketibaan blogger yang lain…kebanyakkannya orang cina…salah satu blogger ngetop yang akak jumpa…kat bawah ni….

Selama ni cuma jumpa muka dia kat dalam blog…akhirnya tertunailah hasrat dihati dapat jumpa Redmummy.com….terima kasihlah sudi bergambar dengan akak yang baru berkecimpung dlm dunia blog ni….hebat dia ni….income masuk lebat….betul tak redmummy…dah rezeki dia..dengan berblog aje dia boleh dapat duit..akak nak tiru jugaklah jejak dia…ehheh..boleh ke????

Selalu jugak masuk blog si ceera ni…jumpa jugak akhirnya..dah luperlah nama awek sebelah dia tu…sorrylah ye….

Senyuman dari blogger…yang first time jumpa dengan mamared ni…

Sebelum makan boss ogawa’s bagi ucapan…biasalah tu kan…kat mana-mana event mesti ada ucapan…samada ucapan tu panjang atau pendek…tadah ajelah telinga tu…nasib baik sekejap…perut dah berkeroncong dah ….

Aduss…memang sedap giler makan kat tempat ni….akak galakkan firdaus menambah sebab..

Selera akak kuranglah pulak…walaupun makanan kat situ sedap…rugi sebab makan sikit aje…nasib baik …my manager ada….

Iced Lemon Tea….yang best tu boleh tambah…akak ada baca paper pasal air masam ni…salah satu cara nak elakkan terkena H1N1…minumlah air yang masam-masam….entah betul entah idak…kita harus mencuba.

My manager(anak akaklah tu) dan blogger yang kekenyangan…

Lepas makan kami di bawa ke outlet ogawa’s di tingkat yang sama….blogger kalau tak ada kamera tak sah….snap sana…snap sini….semua nak kena snap…barulah best buat cerita..betul tak??

Antara aksi blogger…di kerusi urut ogawa….

Mamat ni macam nak tidur aje…al maklumlah dah kekenyangan bersantap tadi…jang…bangun jang…sedap ek kena massage…beli jangan tak beli…bagus untuk kesihatan…

amboi….sedapnya di urut…sampai terlena di buatnya

apa ke halnya si mama red ni pegang……..dia punya…adusss seksinya..seronok mamat 2 orang ni dapat jumpa mama red …senyum sokmo kau jang…

My manager pun nak cuba jugak…salesman kat outlet ogawa’s ni memang very friendly …tanyalah apa saja…kalau tak nak beli pun tak apa..rasa dulu macam mana bestnya di urut.

Berangan sungguh manager akak ni….

Pencinta merah ni pun mencuba jugak kerusi sensual ni…..jangan ingat orang badan kecik aje muat…akak pun muat jugak tau…

P-nut pun akak jumpa…selalu gak gi ke blog dia…peramah orangnya..taukeh cc ni..kalau sape nak order bolehlah gi ke blog dia…rajinlah minah ni…kerja pun nak bisnes jugak…

Akak pun mencuba SMART MATE ….bestnya dapat urutan dari kerusi ni….rasa nak tertidur di buatnya….yang bagusnya setiap kerusi urut ada keistimewaan masing-masing…
selalunya ada macam-macam urutan macam vibration, swedish dan lain-lain lagi..dan urutan selalunya memakan masa dalam 15 minit….

Harga runcit RM9,398.00 tapi harga promosi sekarang ni cuma RM4,699….boleh pakai credit kad….bayar bulan…tentu orang kat mahal…..kalau nak di ikutkan beli plasma tv pun dah mahal…harga pun lebih kurang….tapi kerusi urut ni bagus untuk kesihatan….terutama bagi yang penat bekerja….kalau sakit lagi payah tau…beribu riban lagi kena keluar…

Sebab akak dah beli pun product dari ogawa’s ni….bila badan rasa sakit-sakit dan penat…akak gunakan kerusi urut ni….suami dan anak-anak pun guna jugak…..si kecik imran pun guna jugak…kerusi akak ada 3 cara….untuk relax, therapy dan air….lepas tu ada 5 cara urutan seperti kneading, tapping, dual-function, swedich dan rolling…selalunya kami akak tertidur selama urutan selam 15 minit.

Kerusi urut ni diam tak diam dah habis bayar…tak terasa..kalau nak diikutkan sape nak berhutang ..betul tak…tapi beli rumah dan kereta pun akak berhutang…tak tahulah orang lain.

iklan kejap



Escape into Zero Gravity Wellness
The new OGAWA SmartAire offers you an all new massage experience with the first Zero Gravity Massage Chair in town. With OGAWA SmartAire, you can recline into the ideal 90/90 position and feel the stress caused by gravity leave you.
Visit our stores today and find out more about how you can enjoy a total wellness experience at zero gravity.

Yang ni lagi best….OGAWA SmarAire….lagi banyak functions dia…berbaloi dengan harga yang di tawarkan..

Cuba lihat berapa bayaran sebulan …..RM233.00 sahaja sebulan.*berdasarkan pelan bayaran ansuran 36 bulan. ..berbaloi tau kalau beli..kalau ada yang berminat gi ajelah ke outlet OGAWA’S…..

Tenguklah banner dia…offer sampai 50%……rugi kalau tak membeli masa ni…lagi satu akak nak bagi tau…kalau beli kerusi urut ni…kita akan dapat kad…ala macam kredit tu…nanti kalau gi ke outlets ogawa’s walaupun di air port….kita boleh gunakan kerusi urut ni dengan percuma…freee youuu…

Bila jalan-jalan di shopping complex tu jumpa outlet ogawa …jangan luper masuk dan mencuba product yang ada kat situ…

Beg tangan sapelah ni….for sale pulak tu…kalau 70%..akak boleh sambarlah..nak beli sendiri tak mampu…..gurau aje….nilah mak mama merah tu…kebetulan dia letak kat sini…apa lagi shoot jangan tak shoot…

Lepas mencuba segala product ogawa’s kami ke tempat makan semula…ada game talipon berkarat…dapat hadiah dari ogawa juga…tapi akak tak ada rezekilah kali ni..habis di sapu oleh orang bangsa lain…

Nilah hadiah dia…akak luperlah pulak apa ke nama product ogawa’s ni..

Lepas main game…makan fruit tart ni…sedap…ada jugak brownies..tapi luper nak ambil gambar..

Masing-masing balik dengan riang hati dapat product ogawa’s ni…lain kali bolehlah join lagi…

Blogger berbaju hitam…..jangan main-main…mereka ni blogger terhebat…tapi my manager taklah…saje interframe…

Sebelum balik ambil lagi gambar di outlet ogawa….semuanya happy…gendang gendut tali kecapi..perut kenyang suka hati….dapat pulak cenderahati…tak nampaklah akak…

Ha…barulah nampak akak yang lebar ni…tu pun tak berapa clear…jadilah..

Posing lagi sebelum nak naik lift…

Nilah cenderahati yang akak dapat dari ogawa’s..bestnya dapat benda ni..

Bentuk macam bantal….tapi bantal melengkung ni ada gegaran selepas di pasang bateri….lena tidur lepas ni macam dalam gambar…di pangku pulak oleh orang tersayang…

Russhdi jadi model…..sambil main game kat pc pun boleh gegarkan leher anda…

10 thoughts on “SEMALAM BERSAMA NUFFNANG/OGAWA

  1. assalammualaikum k.ina…sya isha dr jb..nk tya akak ni cam ne nk daftar ngan nuffnang…k jga kn leh wat duit ….suka2 pun leh wat duit jga..slma nii sya igtkn nuffnang nii blogger seseorg…hehe

  2. akakkkk….bestnya tgk akak gi event nuffnang. Soalan saya sama la dgn member2 kt atas, camne nk join. Jelesnya tgk akak gi sana. Meriah sungguh..Berkobar2 hati ni nk join

  3. alaa kak bleh je kalo nak berjaya cam redmummy tuh. sikit2 laa kan. tp tak lama lg masyuk laaa ni sb reader akak kan eamai hehe. saya pun baru merangkak2 je ni.

  4. salam akak.bestnya uols dapat join promotion from nuffnang. terus boleh kenal2 dengan bloggers yang lain.semoga terus sukses dalam blogosphere akak…:)

  5. salam tc…mana banyak akak punya income..baru seciput ajelah..salam zura, isha dan syariza 09…rujuk kat N3 di atas ye..salam linn…makan masa jugak nak jadi mcm redmummy tu..dia pun bertahun-tahun baru fofolur..akak ni baru bertatih lagi lah..doakan akak ye..

  6. Wah wah wah akak…. best nyer dapat join acara2 Nuffnang ni yer… ^_^Wahhhhh….. pendapatan Nuffnang akak dah jadi 'bukit'???? duh… org sini bulan2 ituuuuuu jugak… sebutir pasir je… hehhehehe… (Maklum lah kita pun org baru gak lerrr…) Salam perkenalan.. ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s