Rezeki…rezeki…

Memang minggu rezeki bagi akaklah….alhamdulliah…syukur ke atas rahmatnya….akak dapat lagi hadiah…kali ni dari utusan malaysia…bila baca surat khabar dalam mukasurat kesihatan pasal gigi…akak cuba-cubalah masuk peraduan ni…soalan senang sangat…lagipun cuma guna e mail .

Dah rasa macam tak dapat sebab malam baru hantar…tapi tulah…dah rezeki akak…akak menang jugak walaupun hadiah dia bernilai RM50.00. Oleh sebab nak gi kat situ susah nak parking akak suruh firdaus aje ambilkan…senang naik motor aje..

dia kata abang niezam yang kring….kring tu yang bagi dia hadiah ni..huwaaaa …lain kali akak nak gilah….boleh ambil gambar dengan dia…bolehlah blog akak ni fofolur..ha..ha..ha..

Oleh sebab firdaus 3 orang yang paling awal ambil hadiah ni…dia dapat 2 pack…seronoknya..dia dah chop..satu berus gigi dia punya….selamat duit dapur tak yah beli kumur-kumur dan ubat gigi.

Dari semalam sibuk membeli barang kat giant dan cari kotak nak hantar barang kat yana…dia nak comforter…sebab sekarang ni cuaca sejuk…lepas hantarlah jugak makanan seperti biskut..serunding termasuklah dodol..ubat gamat..panadol kat dia sekali …….pasal kalau ikut courier tu dia nak minimum 10kg. Jadi kenalah hantar banyak barang.

Selepas siap semuanya…pagi tadi hantarlah kotak ni kat jalan medan bonus…..rupernya deretan kedai ni boleh dikatakan syarikat courier yang hantar barang ke india…ada yang guna jalan laut dan jalan udara…akak pilih courier yang jpa bagi..dia gunakan cara pengangkutan udara..jadi cepatlah sikit sampai….katanya dalam 6 hari…kita tenguk nanti..betul ke idak…….Bila angkat….ingatkan taklah sampai 10kg…sekali timbang ha kau…15.5kg…kenalah keluar dalam seratus lebih.

Ni dah kira murah…bila call dhl dan feedex..lagi mahal…dalam 5 kg dhl nak RM800 lebih dan feedex pulak nak lebih kurang RM600 lebih…kalau 15 kg …boleh pengsan di buatnya..

Tapi tak apalah…macam suami akak nak kata…nak bagi anak tak payahlah berkira berapa duit keluar…semuga barang-barang ni selamatlah hendaknya sampai ke tangan yana.

11 thoughts on “Rezeki…rezeki…

  1. Kak ina… kat sana tak ada jual comforter ke? Rasanya sana lagi murah kot…Kira murah jugalah tu sebab hantar barang macam2 – puas hati hantar barang2 yang tak ada kat sana…* yana tentu happy – saya dah rasa camna rasa gembiranya bila dapat kiriman😉

  2. salam kak ina…seronoklah tu…yana lagi seronok dpt kiriman dr akak…saya bila dpr kiriman dr kg…seronok sgt2…menitis air mata kadang2.

  3. Salam kak ina, adik saya yg kat syria tu kesian. kalo hantar barang, tak pernahnya sampai ke tangan dia. Sampai kat tangan sykt courier kat syria sane, diorang kerobek bukak. Pastu wat mcm diaorg punya. jd, kalo nak hantar brg, terpaksa tumpangkan kat member2 dia yg balik bercuti ke melesia.

  4. akak..boleh saya tahu nama syrkt courier tu? Adik saya pun study kat india. Hari tu hantar guna poslaju. 15 kg – Rm 400++.

    Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s