Ayam

Kerabu Mangga Dan Ayam

Betul tekaan ain…akak buat kerabu mangga tapi campur dengan ayam…ayam lebihan dari ayam penyet tu tak habis…adalah dalam 2 ketul…goreng kejap pastu siat-siat…ikut resepi daging grill tapi akak ubah suaikan…akak pandai aje namakan kerabu mangga dan ayam..suka hati akak aje nak letak nama.

Oleh sebab yang makan cuma akak seorang…akak habiskan makan ni semua…masih terasa kesedapan (puji diri sendirilah nampaknya)…sambil taip ni pun telan air liur…

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam-di siat-siat
  • 1 biji mangga – di hiris memanjang
  • 1 biji tomato-dibelah 6
  • 1 biji bawang besar-dihiris memanjang
  • 1 batang daun bawang-dipotong kecil
  • sedikit daun ketumbar-dihiris kecil
  • 1-2 batang cili merah-dipotong serong
  • 4-5 biji cili padi-di hiris serong -atau di ketuk kasar (kalau nak pedas tambah lagi)
  • sedikit serbuk cili kasar

Bahan sos

  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 1/2 – 4 sudu besar jus limau kasturi -bergantung kepada kemasaman
  • sedikit serbuk cili kasar

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
  2. Masukkan pula ayam dan mangga bersama bahan-bahan yang dah dihiris nipis-nipis tadi dan gaul hingga mesra.
  3. Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Sedap di makan sejuk.

Advertisements

9 thoughts on “Kerabu Mangga Dan Ayam

  1. kak ina…Sos ikan tu ke yang buat kerabu jadi 'kick'?? Norma ni tak reti guna sos ikan…sbb x tahu fungsi sebenar sos itu…main taram je wat kerabu!!! Terliurnyaaa…

  2. salam eriey…cubalah buat..memang sedap bagi tekak akaklah..salam daydeck…telan air liur ajelah dulu ye..salam yginsaf4..tq jugak sudi msk rumah akak..

  3. salam eriey…cubalah buat..memang sedap bagi tekak akaklah..salam daydeck…telan air liur ajelah dulu ye..salam yginsaf4..tq jugak sudi msk rumah akak..

  4. salam nj..agaknya kot..akak pun tak tahulah..dulu memang tak pernah cuba pakai sos ni..skrg dah pandai dah pakai..sebab suka masak lauk thai..salam ain..dah lama habis dah..dah msk indahwater..hi..hisalam ijan..cuba jangan tak cuba..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s