Kegembiraan Berganda..ganda..ganda..(Bahagianya Jiwa)

Hari Sabtu lepas memang sibuk…..walaupun penat tapi berbaloi….akak sangat gembira hari tu..nak tahu kenapa? Bacalah N3 kat bawah ni..panjang tau kali ni…pasal macam-macam yang akak dapat hari tu…….itu pun kalau ada yang nak baca…

Lepas sarapan dalam pukul 8.00 lebih kena hantar suami akak gi ke time square…hari terakhir main bowling anjuran office dia…dah berminggu-minggu dah dia main …. setiap malam rabu…akak malas nak tunggu kat situ…berjam-jam …lagi satu imran suka kacau kalau ayah dia main…nanti hilanglah pulak tumpuan cik abang……

Lepas tu akak terus ke seri kembangan, serdang…saje tenguk rumah kat sana…rumah tinggallah katakan ..nak basuhlah sikit dan nak check sama ada ….ada yang bocor atau pun idak..

Nilah kiriman dari maz di bahrain…tq very much…

Bila dah siap akak call si fiza nordin..dia hantar sms malam sabtu bagi tau ada kiriman dari bahrain….bagi nak rak akak cari jalan nak ke taman medan, petaling jaya (rumah dia)…sesat barat akak di buatnya…lelama bagi tau fiza akak dah give up….suruh dia datang ke amcorp mall aje…bagi barang kat situ…

Dari rumah fiza ke situ cuma makan masa 10 minit aje…jumpa dia sekejap aje..pot pet..pot pet…dia pun balik…akak terus masuk ke tempat parking…kat sini ada misi nak gath dgn member blog barang lama…

Ambil gambar dari rumah yatt. http://yattbzgg.blogspot… masa ni yatt bersama kak intan….

yatt bagi tau kat amcorp mall ni setiap hari sabtu dan ahad ada jual segala-gala yang lama….jadi kami datang ke sinilah …. nak jumpa secara realiti…lepas tu nak tenguk barang terutama pinggan mangkuk lama ….

bila akak sampai kat bawah…dia belum sampai lagi….sempatlah sambar satu barang…nanti akak show kat blog lagi satu.

Masuk ke giant dulu pasal janji pukul 12.00 nak jumpa….terus cari gula…alhamdulliah ada..tapi dah tak banyak …ada dalam 10 bungkus kot…akak sambar sekali 4kg…cukuplah sampai raya…

ambik gambar dari blog fitty….http://fittyspinkyrosecottage.blogspot.com/. tq ye sudi berborak dengan akak…

Lepas keluar dari giant perasan ada awek ni tengah belek teko …. akak beranikan diri tanya ..ni yatt ke…betul tekaan akak…yatt bersama fitty (peminat barang lama jugak) kami first time bersua muka…seronok membelek sana..membelek sini…lepas tu yatt dan fitty memborong…akak dah sambar satu..jadi akak tenguk aje…

Nipun ambik gambar dari rumah fitty…2 orang anak lelaki dia bersama mak saudara…

Imran ingat nama anak perempuan fitty ni…nama anak lelaki fitty dia tak ingat….ambil jugak dari rumah fitty

Fitty bawak 3 orang anak…akak bawak imran….mula-mula malu-malu kucing….lelama jadi kawan…lepas tu makan dulu…dah lapar…lepas makan jalan-jalan pulak kat kedai di atas…window shopping dulu…kemudian fitty minta diri … sebab hb dia tunggu dalam kereta…

Yatt bagi akak teko ni….adusss bestnya yatt…lepas ni kena collect macam-macam tekolah pulak…tq very much yatt…akak tak bagi apa-apa pun pada yatt…kadang-kadang malu tau…member-member ni bagi macam-macam..akak tak bawak apa-apa…..

Akak dan yatt turun lagi ke bawah…yatt beli …akak pun beli lagi satu barang…pastu yatt nak berundur diri..luper pulak nak ambil gambar dengan mereka berdua ni…terpaksalah ambil gambar dari blog mereka.

Pagi tu..masa dalam perjalanan nak ke seri kembangan…anak akak call bagi tau ada panggilan dari pejabat pos suruh ambil parcel hari ni jugak….kalau idak dia orang nak hantar balik …jadi kena datang sebelum pukul 5.00 petang..masa tu akak dah sampai kat astro…takkan nak pusing balik…

Akak memang tunggu benda ni dari ika yang dok kat bangkok…kononnya nak buatlah tako sendiri…pernah sekali makan kat jj setiawangsa…sedap….. tapi mahal…jadi suruh ika belikan acuan ni kat sana…nanti leh try nak buat…kena tanya sifu yang dah pernah buat tako ni mcm umi e dan fiza nordin…

hai ika..ika ataupun ada yang panggil mek siam….dia ni orang malaysia sebenarnya…tapi tinggal di bangkok….sebab ikut suami ninja dia kerja kat sana..asal orang johor……walaupun tak pernah bersua muka…tapi ika sanggup pulak nak belikan untuk akak…..terima kasih banyak ye ika…

Disertakan jugak pes kari hijau…nanti nak trylah buat……

Lepas habis gath kat amcorp akak pecut ke pejabat pos sentul….akak komplenlah..kenapa benda ni dah sampai pada 20hb. Julai….tapi dah masuk bulan Ogos baru call…lepas tu ugut pulak nak pulang balik ke bangkok…kurang asam betul dengan posmen ni…

Dek terlampau lama simpan kat situ …coklat ni sampai cair..leper…nasib baik lah boleh makan lagi…

Akak bagitau kalau dah lot rumah tak dapat di kesan pada tarikh hari tu…teruslah call bagi tau…ni terperap kat pejabat pos….ika dah risau sebab orang lain dah lama terima akak tak dapat lagi…dalam bulan julai russhdi ada gak gi tanya t kat pejabat pos sentul …diaorang kata benda ni masih ada di pejabat pos bangkok…

Hairan jugak…masa seri dari sabah hantar parcel ..boleh pulak sampai kat rumah…hai mr posmen ni…geram tul lah dengan mereka ni…

Bestnya dapat gift ni….bertambahlah koleksi fridge magnet akak….banyaknya ika bagi akak barang…malulah pulak…

Oleh sebab suami lambat lagi nak habis main bowling…akak lepak kat masjid bandar baru sentul..
dalam pukul 4.00 petang gi balik ke time square…ikut jalan kucing..mak datuk jem giler…terutama kat jalan nak gi ke pudu raya…penat di buatnya…

Nak dekat sampai…. call hb akak..dah siap ke belum….rupernya belum lagi…..baru nak ambik hadiah…kena tunggu lagi..tanya dapat no berapa? rahsia kata dia…

akak tunggu kat belakang time square … malas nak masuk parking….lamanya tunggu sampai akak tertidur….tak lama hb call suruh ambik kat pintu depan…

Yes…hb dapat tempat pertama dalam individu dan dapat tempat ke 5 dalam kumpulan..

Dapatlah voucher jj…jadilah…boleh beli baju raya anak-anak…terus balik ke rumah..memang fizikal dan mental dah penat…

Bila sampai kat rumah dapat pulak surat dari perak… member barang lama bagi tiket lama…

Dah nama collect barang lama….ni pun akak collect…orang nak bagi akak ambik aje…terima kasihlah ye empunya blog pasar karat…korang tenguklah tiket lama ni…tulisan pun masih guna ejaan lama…

Lepas maghrib hb ajak keluar makan kat luar….pergi bertiga aje..yang lain ada hal…sekarang ni kalau makan kat luar tak leh tunjuk apa yang di makan…..ira dan yana jelous nanti…terutama si ira…dia kata..mak ashik makan yang sedap-sedap aje bila ira tak ada…alahai sayu pulak hati nak show….

Malam ….tidur cepatlah…tak larat dah…

macam mana..larat tak nak baca N3 yang panjang ni…

14 thoughts on “Kegembiraan Berganda..ganda..ganda..(Bahagianya Jiwa)

  1. salam kak inna.. saya pun sronok jumpa kakak dan yatt.. anak2 saya sume seronok main dgn imran.. sume dah tanya bila bleh jumpa imran lagi nak main sesama.. hehehe nampak gaya.. kena jumpa lagi ni.. rumah pun dah dekat2.. hehehe..wah.. seronoknya dpt set buat tako.. rajin kakak buat ya.. hehehe.. lepas ni share resipi ya kakak.. hehehe

  2. salam kak ina..sori lambat skit post komen..bz skit hari nie..harap akak suka gift saya yg tak seberapa nie..sbg tanda persahabatan kita..hehe..akak & kak aziah dua2 pot-pet2..hehehe..tapi sayang kan..lupa nak snap gambo..rugi betul..kalau ada rezeki..lain kali kita jumpa lagi..akak pun mesti lepas nie selalu ke amcorp..lubuk pencari harta karun pinggan2 lama nie..jumpa lagi kita di sana..sana..sanaaaaa🙂

  3. waaahh..bukan main padat xtvt akak yer. kak ina mmg rajin jumpa membe2 blog kan x hairan la akak sentiasa murah rezki. nnt sy blk kl ble la akan hidang sy makan takoyaki yer hehehe

  4. salam ct…akak tahulah org tu nak belikan atau idak..kat malaysia tak tahulah ada ke idak?salam fitty…memang bestlah jumpa bertiga..pot..pet..pot..pet.tak sedar masa berlalu. nanti jumpa lagi ye..imran cukup ingat nama anak dara kamu tu.nantilah..entah bila nak try buat tako..salam azita..kan dah bagi amaran N3 panjang. tak kisahlah tu kan..

  5. salam yginsaf4…nak buat camna..dah semuanya terjadi dalam satu hari..salam amy…memang best tau hari sabtu tu…macam-macam terjadi.salam daydeck86…terima kasihlah sudi baca N3 akak ni..

  6. salam gerau…huwaa..janganlah jelous..salam yatt..taklah selalu kot..nanti habis duit dapur..salam halen..org nak jumpa kita jumpa…lagipun masa senggang tu byklah skrg ni..boring jumpa member blog lagi best..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s