gift

Yeaaaa Akak Menang Cabutan Bertuah(Bukan Gores dan Menang Tau)

Macam biasalah kalau boring gi cari lagi pinggan mangkuk lama…kali ni habis akak redah semua kedai..tapi memang tak jumpa pun teko …. yang banyak teko kangkung….makin lama makin kecillah beg plastik ni…barang dah jarang ada…akak masuk nak dekat 7 kedai hari ni..ni aje yang dapat…balik terus ambil imran di gombak.

Bila dah ambil imran dari sekolah masa sampai kat greenwood singgah beli barang nak masak…ada posmen call tanya rumah kat mana? firdaus yang angkat….hp akak pulak tinggal dalam kereta. Ada barang yang nak di hantar.

Tenguk nama aje dah tahu hadiah sudah sampai….imran nak bukak …akak kata biar mak bukak..mak punya…

Alhamdulliah dah sampai kiriman hadiah dari mummyseri http://mummyalyssa.blogspot.com/di sabah…akak masuk peraduan teka teki apa warna kain yang beliau beli…tak tahulah nak pakai bila……nak pakai raya kot seri..

Oleh sebab semua jawab tak betul…seri buat pulak cabutan bertuah…anak dara dia yang cabut…dah rezeki akaklah nampaknya…naiklah pulak nama.

Lawakan gelang ni…bolehlah melaram gi rumah orang kawin…pastu masa nak makan saje angkat lengan baju tinggi-tinggi … biar semua orang nampak gelang kristal yang bersinar-sinar ni… (lorat sungguh akak ni)

Abaikanlah tangan yang dah nak berkedut…al maklumlah dah nak dekat menopuse (belum lagilah…)

Disertakan juga kueh kering dari sabah…tak tahulah pulak apa ke nama dia….terima kasih sekali lagi ye seri…kalau ada teka teki buatlah lagi…mana tahu ada rezeki lagi (issshhhh tamak sungguh…)
Advertisements

16 thoughts on “Yeaaaa Akak Menang Cabutan Bertuah(Bukan Gores dan Menang Tau)

  1. Waahh kak ina, x pasai2 dpat gelang cantik eh..pandai kak ina teka..ada ilmu nujum ke kak Ina? hehee…Lain kali kalau ada peraduan, panggil Ummi sekali eh..Aihh lepas ni, asyik pergi kenduri kawin je la dia…ahakss!!

  2. Kak ina tahniah!Asyik dapat cabutan bertuahhhhh jer yerrr!!!!Jeles tau!hehehehe….Kuih tuh nama dia kuih cincin.Sedap kan? Pernah makan bbrp kali gak sbb adik dulu belajar kat U Sabah.Ada satu lagi kuih tradisional Sabah nama dier 'AMPLANG'…hehehehe

  3. Tahniah ye akak menang peraduan teka color kain tu hehehe..akak tanya kuih semperit tu ke untuk makan sendiri ke atau jualkan??suami nurul yang buat dan setiap hari raya kami jual..sebalang 50 bijik rm14.oo aje kak..klau nak rasa sample bg tahu nurul t nurul poskan hehehe..

  4. samalah gelang kita kak ina. warna jek lain. hikhikhik… tp tgn ni kecit sgt nak muat gelang tu. last2 simpan jek lam laci. tunggu dah gemuk skit. hiks….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s