Burung Dara Goreng

Tenguk tang kaki burung ni macam nak nari ballet pun ada…

Jangan gelak akak panggil nama ni…kat indonesia kalau burung puyuh mereka memang panggil burung dara..dulu masa mula-mula sampai kat sana..bila gi C4 akak lalu bahagian ayam…bila nampak burung puyuh ni di panggil burung dara..akak tergelak…dara selamanya…kalau orang perempuan camtu kan best…

Oleh sebab burung puyuh ni daging dia agak liat…jadi kena rebus dulu..dalam 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada banyak atau sedikit burung yang nak di rebus..akak gunakan resepi ayam penyet.

Bahan-Bahan

  • 6 ekor burung puyuh yang telah dibersihkan.
  • 2 – 3 liter air
  • 3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
  • 3 hiris lengkuas, dititik
  • 6 biji bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
  • ½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
  • 1 ibu jari halia, dititik
  • 4 helai daun salam
  • 4 sudu makan rata, gula Tanjung-tak letak sebab takut sup jadi manis
  • 2 sudu makan rata garam


Cara-caranya

1. Basuh burung bersih dan lumur dengan tepung gandum…biarkan sebentar..baru dicuci kembali dan di toskan.
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali burung puyuh.
2. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi.
3. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan buruh puyuh.
4. Masukkan air sehingga menutup burung puyuh.(agak-agaklah)
5. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya.
6. Rebus sehingga 45 minit atau sehingga empuk…kalau belum empuk tambah air lagi.
7. Matikan api. Keluarkan burung puyuh dan masukkan didalam tapisan.
8. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk.
9. .Goreng dengan banyak minyak..jangan lama..cukup bila dah berwarna kuning.

5 thoughts on “Burung Dara Goreng

  1. helle olive..tq …please come again..salam gerau….bukan aje ternoda dek akak tapi dek hb akak jugak…auuuuuusalam ain….yelah tu..tak sempat pun naik pelamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s